Kawasaki Kips Owners

FORUM FOR ALL GENERATION OF KAWASAKI KIPS


    rider down at CH 16/5/2010 -- statement dari pihak berkuasa

    Share
    avatar
    doctor kura-kura

    rider down at CH 16/5/2010 -- statement dari pihak berkuasa

    Post by doctor kura-kura on Mon May 17, 2010 5:21 pm

    Petugas RTM maut dalam konvoi ke Cameron Highlands

    2010/05/16
    IPOH: Presiden kelab motosikal berkuasa tinggi Meru Bikers maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas di Jalan Keramat Pulai yang menghubungkan Simpang Pulai-Cameron Highlands dekat sini, hari ini.

    Dalam kejadian 11.20 pagi itu, motosikal yang ditunggang Mohd Helmy Jaafar, 39, dipercayai hilang kawalan apabila tiba di satu selekoh di jalan berkenaan. Ketika kejadian, Helmy yang juga seorang petugas Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) di Angkasapuri bersama-sama 13 penunggang motosikal berkuasa tinggi lain dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Cameron Highlands melalui Simpang Pulai. Seorang peserta konvoi, Shaharudin Sulaiman, 29, berkata Mohd Helmy gagal mengawal motosikal Yamaha Fazar FZIN apabila melintasi satu selekoh tajam yang dipenuhi pasir berhampiran simpang masuk ke pusat perkelahan Lubuk Timah di sini.

    Beliau berkata, sejurus terbabas, mangsa dan motosikal terbabit melambung tinggi sebelum terhumban ke dalam parit, kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.
    "Mohd Helmy cedera parah di kepala dan mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan. Dia meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
    Ketua Trafik Ipoh, DSP Mohd Rodzi Rajab, yang dihubungi mengesahkan kejadian itu.
    Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk bedah siasat.
    avatar
    doctor kura-kura

    Re: rider down at CH 16/5/2010 -- statement dari pihak berkuasa

    Post by doctor kura-kura on Mon May 17, 2010 5:26 pm

    sedih betul kalau terima berita2 mcm ni..marilah kita sama2 sedekahkan al-fatihah kepada arwah dan ucapan takziah utk keluarga arwah...

    Guest
    Guest

    Re: rider down at CH 16/5/2010 -- statement dari pihak berkuasa

    Post by Guest on Mon May 17, 2010 5:42 pm

    "mangsa mengadu sakit kepala dan tak berape sihat sblm meneruskan aktiviti konvoi"

    kpd kawan2 pastikan anda dlm keadaan sihat walafiat sblm ride dan rehat jika letih.
    avatar
    mamat

    Re: rider down at CH 16/5/2010 -- statement dari pihak berkuasa

    Post by mamat on Mon May 17, 2010 8:23 pm

    aL-fatihah.....
    avatar
    wan tuah

    Re: rider down at CH 16/5/2010 -- statement dari pihak berkuasa

    Post by wan tuah on Mon May 17, 2010 11:16 pm

    semoga roh arwah dicucuri yg maha Esa...Al-Fatihah...
    avatar
    kurt2812

    Re: rider down at CH 16/5/2010 -- statement dari pihak berkuasa

    Post by kurt2812 on Tue May 18, 2010 8:11 am

    yg ni la masuk berita..pengarah2 gar arwah ni..makin takot plak aku nak meleper tpt2 haram ni..nak g sepang plak pulus kering..huhu!! senang menegak je..
    avatar
    wadin

    Re: rider down at CH 16/5/2010 -- statement dari pihak berkuasa

    Post by wadin on Tue May 18, 2010 10:17 am

    alfatihah
    avatar
    carlnain

    Re: rider down at CH 16/5/2010 -- statement dari pihak berkuasa

    Post by carlnain on Tue May 18, 2010 8:33 pm

    Al-Fatihah....


    _________________
    Shocked Twisted Evil UnLeAsH ThE MoNstEr EnErGY Twisted Evil Shocked


    Mai buat duit....click n register beb pree je...http://www.catcheye.com.my/?r=92194 carl9-0173380851/0178484768
    avatar
    koboygurun

    Re: rider down at CH 16/5/2010 -- statement dari pihak berkuasa

    Post by koboygurun on Sun May 23, 2010 10:04 pm

    al-fatihah....

    Sponsored content

    Re: rider down at CH 16/5/2010 -- statement dari pihak berkuasa

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Wed Aug 23, 2017 4:05 pm