Kawasaki Kips Owners

FORUM FOR ALL GENERATION OF KAWASAKI KIPS


    bekam angin dan bekam darah

    Share

    rayslasher

    bekam angin dan bekam darah

    Post by rayslasher on Sun Aug 22, 2010 12:07 pm

    sesiapa members yang ada experience tentang bekam dialu-alukan untuk share info di sini

    rayslasher

    Re: bekam angin dan bekam darah

    Post by rayslasher on Sun Aug 22, 2010 12:10 pm

    saya ada mempelajari serba sedikit ilmu perubatan bekam... sekiranya ada member member yang ingin mengetahui tentang bekam.. sila postkan ke topik ini.. insya allah saya cuba jawab mana yang saya tahu... saya pun masih blaja lagi... blom expert lagi

    kurt2812

    Re: bekam angin dan bekam darah

    Post by kurt2812 on Sun Aug 22, 2010 9:09 pm

    bro nak tanya..darah yg kuar tu darah kotor kan?? yg di cucuk jarum kt badan tu utk pe??

    rayslasher

    bekam angin dan bekam darah

    Post by rayslasher on Mon Aug 23, 2010 6:14 am

    Assalamualaikum kpd brother kurt dan member member muslim yg membaca posting ini,

    Sebelum saya menjawab soalan brother kurt saya ingin menerangkan serba sedikit apa yang saya telah pelajari tentang rawatan bekam ini

    Rawatan bekam adalah bersumber dari nabi kita Muhammad saw yang menerima ilmu bekam dari allah swt secara terus (direct) tanpa perantaraan malaikat,

    Antara hadis yang mengesahkan perkara ini adalah hadis yang diriwayatkan oleh ibnu majah dengan sanadnya daripada anas r.a (sahabat nabi) katanya : Rasulullah saw bersabda : Saya telah lalu di hadapan segolongan malaikat, pada malam saya di israkkan ke langit dan mereka menyatakan ; Wahai Muhammad suruhlah umat tuan berbekam

    Saya serba sedikit telah mengikuti kursus bekam sunnah..dan guru yang mengajar saya adalah seorang doktor perubatan moden..
    Beliau telah membuat kajian hampir 12 tahun mengenai kaedah perubatan bekam dan mengaitkannya dengan teori rawatan moden...

    Sewaktu kursus tersebut... beliau dengan segala rasa konfidennya yang penuh bersemangat mengatakan... benarlah hadis nabi yang diriwayatkan oleh abu hurairah ra, katanya : rasulullah saw bersabda :"sekiranya pada ubat-ubatan anda ada suatu kebaikan, ia terdapat pada berbekam"

    jadi di dalam kursus tersebut doktor tersebut telah menerangkan serba sedikit researchnya dan kaitan bekam dengan kesihatan dan juga menerangkan kehebatan bekam di peringkat antarabangsa... di mana para doktor yang bukan islam di negara bukan islam seperti korea telah membangunkan teknologi moden bagi kaedah rawatan bekam...

    Pada zaman rasulullah saw bekam yang dilakukan oleh sahabat ialah dengan menggunakan hirisan pisau seperti hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah ra katanya saya mendengar rasulullah saw bersabda " Sekiranya ada suatu kebaikan pada ubat-ubatan anda, ia terdapat pada satu goresan pisau berbekam atau satu sudu madu atau satu kali panasan dengan api yang sesuai dengan penyakit dan saya tidak suka berubat dengan cara menggunakan pemanasan dengan api"


    tapi dengan teknologi yang dibangunkan oleh pakar pakar perubatan antarabangsa, kini bekam tidak lagi menggunakan pisau.. tetapi menggunakan pen khas yang memiliki jarum khas yang sangat pendek dan halus... dan apabila di cucuk ianya rasa cam kena gigit semut jer..

    Pada tubuh badan manusia... sistem badan kita di ciptakan oleh allah swt dengan sifat sifat yang sangat rumit dan kompleks...

    Sistem ini dihubungkan melalui saluran saraf dan saluran darah...
    saluran darah kita pula terbahagi kepada 2 bahagian..
    saluran yang besar dan saluran yang halus...
    saluran yang halus ini berada lebih kurang 6 lapis di bawah kulit.. kerana untuk melindunginya di sebabkan sifatnya yang halus..

    apabila seseorang mengalami sakit... contohnya sakit pinggang maka ini bermakna saluran darah yang halus di bahagian pinggang itu mengalami masalah.. masalah yang selalu terjadi ialah saluran darah itu telah tersangkut dengan bahan toksik yang berlebihan di dalam tubuh ( untuk menerangkan perkara ini sangat rumit dan panjang kerana ia berkaitan ilmu kedoktoran) maka saya ringkaskan... apabila seseorang berbekam pada sesuatu point (iaitu bahagian salur darah halus) maka dengan kaedah moden rawatan bekam, boleh mengeluarkan darah kotor (toksik, sel sel darah putih yg mati, racun lebihan asid, garam dan sebagainya) dari saluran darah tersebut... dan apabila darah kotor ini keluar dari tubuh, sistem tubuh akan memproses sel sel darah merah yang baru... menggantikan sel-sel darah merah yg telah mati @ tua

    senang citer .. bagi faham kat mat mat motor..
    kiranya bekam ni cam tukar minyak hitamlah...
    kita duk keluar duit mahal mahal tukar minyak hitam nak bagi power..
    tapi..untuk badan sendiri .. kita tak tahu bahawa badan pun kena servis dan buang darah kotor supaya badan ada ruang untuk buat darah baru yang mempunyai kualiti yang power.. ibarat orang muda banding ngan orang tua lah...

    tapi sekiranya ada yang pernah mencuba sendiri bekam ni... hehe.. yang tua lebih power dari yang muda... sebab yg tua ada servis .. yg muda tak pernah servis dan tak tukar minyak hitam... tapi, kalau yg muda pun tukar minyak hitam... wa tatau ooo...
    mesti superb!! redline ajer...





    rayslasher

    Re: bekam angin dan bekam darah

    Post by rayslasher on Mon Aug 23, 2010 6:30 am

    Assalamualaikum..

    Sekiranya ada memeber kippers yang nak try bekam ni... boleh hubungi saya
    di 013 - 608 0008 kena buat appointment dulu..
    Bayaran : kalau kat luar ikut point : 1 point rm15.00

    dengan saya... ikut ikhlas hati anda berapa nak bagi...saya tak letak harga anda tentukan mengikut bajet anda...

    Sponsored content

    Re: bekam angin dan bekam darah

    Post by Sponsored content Today at 8:31 pm


      Current date/time is Mon Dec 05, 2016 8:31 pm