Kawasaki Kips Owners

FORUM FOR ALL GENERATION OF KAWASAKI KIPS


    KIPPERS KEMALANGAN

    Share

    aiekempo

    KIPPERS KEMALANGAN

    Post by aiekempo on Mon Nov 15, 2010 2:44 pm

    Salam buat semua kippers di Malaysia,

    Dalam sebulan dua ini ramai sgt kawan2 aku yang bukan pengguna kawasaki kips kemalangan..begitu juga dikalangan kippers yang aku kenal dan pernah bersama2 meluangkan masa TTS di merata tempat.

    Bagaimana kemalangan tersebut terjadi ? macam2...cara. Ada salah kita..ada salah pengguna yg lain.
    Kenapa terjadi? mcm2 sebab juga..jalan licin...berminyak..tayar tak berapa ada bunga..bawa terlalu perlahan atau terlalu laju...layan kona...kurang tidur...ikut kelajuan kawan2 sampai terlebih had kelajuan yang mampu kita kawal...dan lain2 lagi.
    Kesannya semua mendatangkan bnyk masalah pada diri sendiri iaitu.. poket nipis nak kena repair, kos ubat....kena marah dgn keluarga..Alhamdulillah semua kawan2 aku yaang kemalangan tak teruk...dan poket je rabak sikit.. selain lutut (tempat wajib) dan bahagian anggota badan yg lain.

    Penggunaan aksesori keselamatan tu penting sekurang2nya dapat mengelakkan kecederaan yg lebih tragis...kadang2 ada kawan2 kita dtg tts jauh2 hanya dgn berselipar...tshirt..kalau tak jadi apa2..Alhamdulillah... dan contoh ygterbaik..mlm TTS di Salak tinggi (tmpt makan yg mahal tu..siap ko paech) kawan kita sinclair..2 kali terjatuh..mujur knee protector dia pakai..tak laju pun dia bawak tapi tertanggal jugak skru knee protector tu..bygkan kalau tak pakai. aku pun belumbeli lagi.. tayar tukar dulu sebab tayar tu nyawa kita tu. Harap kawan2 yg ada aksesori keselamtan tu pakailah setakat yg mampu...bukan niat nak bergaya..tapi keselamatan.. kalau tak pakai pun boleh..tapi hati2lah lebih sikit....ni ada yg tak pakai knee protector...sesah kona mcm pakai racing suit...aku bukan nak pandai2 nasihat..cuma aku bimbangkan keselamtan kawan2...sebelum terjadi kita berpesan dan ingat mengingati sesama sendiri.

    Bayangkan kawan2 yg kita kenal..bergurau senda bersama..tiba2 kemalangan dan tak ada lagi kat dunia ni.. sebelum ia terjadi...aku berharap sangat semua kippers BERHATI2LAH DI JALAN RAYA...HORMATI PENGGUNA YG LAIN...JANGAN IKUTKAN MOTO YG MEMANG LAJU GILA NI...DAN BERDOALAH SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN... semoga kita semua dapat bersama..ride sama2...dan sentiasa selamat di jalan raya. Malang itu memang tak berbau tapi dapat dielakkan dgn cara pemanduan yang berhemah dan selamat. Kita merempit di tempat yang sesuai dan selamat.

    Kepada semua kippers..kalau ada tulisan aku ni tersinggung hati mana2 pihak..maafkanlah aku...aku menegur atas dasar kawan2..dan menegur diri aku sendiri yang kadang2..bila pegang throttle..lupa jugak diri...Smile ok guys... Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua.

    Hidup Kippers.. !!

    aWe89

    Re: KIPPERS KEMALANGAN

    Post by aWe89 on Mon Nov 15, 2010 3:19 pm

    sekali sekala layan nasihat best jugak..
    peringatan utk diri sendiri dan kawan2..

    thanx bro..

      Current date/time is Sat Dec 10, 2016 9:02 am