Kawasaki Kips Owners

FORUM FOR ALL GENERATION OF KAWASAKI KIPS


    Kemalangan maut di Pantai Dalam

    Share

    eazybug

    Kemalangan maut di Pantai Dalam

    Post by eazybug on Tue Mar 15, 2011 9:59 pm

    Salam semua brader permotoran....

    Semasa saya balik kerja dari Mid Valley menghala ke Subang Jaya tadi, ada satu kemalangan maut yg melibatkan saudara kita yg dikenali sebagai Mario berbangsa Indonesia, yg menunggang motorsikal Kawasaki Ninja 150 berwarna hijau dan bernombor WMU 7616.

    Kemalangan berlaku sekitar jam 7.15pm. Beliau meninggal dunia di tempat kejadian. Mengalami pendarahan teruk di kepala dan patah tulang peha. Helmet SOL yg dipakai beliau tembus. Jenazah akan dihantar ke HKL utk dibedah siasat.

    Saya yg mengenali motor beliau dan melihatkan tayar Michelin yg amat baru ditukar, terus ke kedai Aceng. Dan, Aceng mengatakan bahawa beliau baru menukar tayar beliau di kedainya 2 hari lepas.

    Terasa pilu dan sedih melihat jenazah, terasa pulak ingin kerumahnya dan memberitahu isterinya. Namun setelah penat mencari, tak juga berjumpa. Terkilan kerana niat utk menyampaikan berita sedih kepada isterinya tidak kesampaian.

    Sekiranya beliau beragama Islam, marilah kita hadiahkan Al-Fatihah supaya rohnya ditempatkan di kalangan yg terbaik di sisi Nya.....walaupun saya tidak mengenali beliau secara individu.





    nazmiaspolar

    Re: Kemalangan maut di Pantai Dalam

    Post by nazmiaspolar on Tue Mar 15, 2011 11:05 pm

    innallilah..
    eksiden kat federal kan bro??kat federal??
    patutla jem teruk tadi..

    eazybug

    Re: Kemalangan maut di Pantai Dalam

    Post by eazybug on Tue Mar 15, 2011 11:51 pm

    Kat Pantai Dalam bro. Selepas angkasapuri ..... turun bukit menghala ke Subang Jaya.

    hakim

    Re: Kemalangan maut di Pantai Dalam

    Post by hakim on Wed Mar 16, 2011 12:57 am

    innalillahiwainnailaihirojiun....
    Helmet SOL dia tembus? pecah ke?

    hkm

    Re: Kemalangan maut di Pantai Dalam

    Post by hkm on Wed Mar 16, 2011 1:01 am

    innalillahiwainnailaihirojiun....

    asrolsani

    Re: Kemalangan maut di Pantai Dalam

    Post by asrolsani on Wed Mar 16, 2011 12:55 pm

    Al-fatihah.... takziah pada keluarga beliau...

    wadin

    Re: Kemalangan maut di Pantai Dalam

    Post by wadin on Wed Mar 16, 2011 3:10 pm

    Al-fatihah.... takziah pada keluarga beliau

    Semoga selamat semua

    Sponsored content

    Re: Kemalangan maut di Pantai Dalam

    Post by Sponsored content Today at 9:51 am


      Current date/time is Fri Dec 09, 2016 9:51 am