Kawasaki Kips Owners

FORUM FOR ALL GENERATION OF KAWASAKI KIPS


    Kenangan Alldisc bersama Kips (berakhir juaa...)

    Share

    alldisc

    Kenangan Alldisc bersama Kips (berakhir juaa...)

    Post by alldisc on Thu Apr 07, 2011 3:32 pm

    salam. sebelum ni topik aku kena delete, aku bukak baru.

    aku memula guna kips tahun 1999. murah je RM2,600. motor model 1991. kaler original, beli dalam 3-4 bulan jatuh tergolek kena himpit dgn pompan kat simpang, aku amik keputusan cat motor. aku bukan pandai mengecat, saja gatal tangan. cat pulak tak cukup, jadi berbelang motor ni.

    tapi dgn krr ni byk pengalaman aku timba. aku takde kawan lain guna kips, dan aku takde rujukan camner nak bela motor ni dan lain2. semua kena belajar sendiri. bila hari hujan, air selalu masuk tangki. selalu juga aku tersangkut kat hiway plus waktu tgh malam sbb myk habis. he he he.. aku guna setahun je, sebelum hapgrade ke Serpico SS



    ni motor aku masa proses mengecat. aku pasang deltabox cover, make it special.



    ada org tanya, mcdonald ke sponsor? aku jawap kerajaan selangor. eh, bukan shell!!

    alldisc

    Re: Kenangan Alldisc bersama Kips (berakhir juaa...)

    Post by alldisc on Thu Apr 07, 2011 3:34 pm

    tahun 2000 aku terjumpa motor ni. yg aku tahu krz namanya, lampu 3 sederet kat belakang tu cukup tak minat. tapi enjinnya... perghh... jauh berbeza dgn kips lama dari segi hantaran kuasa dan ekonomi. aku paling sayang model ni, namanya Serpico SS dan berasal dari Thailand.



    tengok tayar pun cinonit... 80/90 je... sbb aku bukan kaki leper. lagi pun masa dulu gaji ciput je... tapi tayar TT500 tu.. made in japan. mmg sedap, melekat.


    Last edited by alldisc on Wed May 18, 2011 3:40 pm; edited 1 time in total

    alldisc

    Re: Kenangan Alldisc bersama Kips (berakhir juaa...)

    Post by alldisc on Thu Apr 07, 2011 3:37 pm

    kips yg kedua kena cilok selepas jadi bangkai. geran pun masih ada kat tangan aku.

    bila aku pindah balik keja KL, aku beli sebijik lagi. kali ni namanya scorpion. kedai beri cat percuma. aku pilih kaler purple tapi huduh sungguh rupanya. sekali lagi aku cat sendiri... kaler hijau kawasaki. lum habis cat, aku eksiden. kena langgar. patah kaki. 2 tahun tak ride motor.


    alldisc

    Re: Kenangan Alldisc bersama Kips (berakhir juaa...)

    Post by alldisc on Thu Apr 07, 2011 3:38 pm

    aku jual motor tu murah2.. RM500 je. lepas tu guna kapcai. sebab kaki aku mmg tak kuat langsung nak bawak motor klac yg kepit tangki.

    camner nak kepit kalau kaki patah, ye tak?



    Last edited by alldisc on Thu Apr 07, 2011 4:52 pm; edited 1 time in total

    alldisc

    Re: Kenangan Alldisc bersama Kips (berakhir juaa...)

    Post by alldisc on Thu Apr 07, 2011 3:41 pm

    tahun 2008, aku terjumpa geng superkips dari MBC. aku kenal dgn kipas (firdaus) dan jibauq (aswadin). kipas yg byk menghasut aku join TTS dgn azzo, dol, atuk, skido, ali wng, lumin dan awin. geng leper ni,huh! so aku diam je... pakai helmet pun cabukkk.. naik motor pakai selipar.

    tak menahan dgn hasutan, aku beli superkips ke-4. kali ni KRZ original dari jepun. tak lama de, 5-6 bulan motor ni hilang kena curi. aii, kawasaki pun kena curi ke??


    alldisc

    Re: Kenangan Alldisc bersama Kips (berakhir juaa...)

    Post by alldisc on Thu Apr 07, 2011 3:45 pm

    aku cepat2 cari KRZ lain. punyalah payahnya... bukan tak mahu beli ZX tp aku mmg suker giler dgn KRZ.

    dapat je KRZ ni, jauh perjalanan aku dgn geng kips dari MBC yg selepas tu bukak forum sendiri.. (forum ni lah!)

    owh, nak tepek gambar kenangan pun best jugak ni.

    ni kippers berbuka puasa thn 2009. motor aku depan sekali, sebelah kiri. sebelah tu motot sifu azzo.


    alldisc

    Re: Kenangan Alldisc bersama Kips (berakhir juaa...)

    Post by alldisc on Thu Apr 07, 2011 4:14 pm

    first meet berlaku di putrajaya. aku pakai kapcai je... Suzuki FX125. ada mandi sungai di tekala.





    lepas tu mandi pulakk..



    Last edited by alldisc on Thu Apr 07, 2011 5:01 pm; edited 1 time in total

    alldisc

    Re: Kenangan Alldisc bersama Kips (berakhir juaa...)

    Post by alldisc on Thu Apr 07, 2011 4:22 pm

    menyusul lepas tu... Konvoi Koboi Kawin, dan terus ke Awana Genting pulak.





    Last edited by alldisc on Thu Apr 07, 2011 5:04 pm; edited 1 time in total

    alldisc

    Re: Kenangan Alldisc bersama Kips (berakhir juaa...)

    Post by alldisc on Thu Apr 07, 2011 4:23 pm

    lepas tu, Ride Ikan Bakar ke Melaka.






    alldisc

    Re: Kenangan Alldisc bersama Kips (berakhir juaa...)

    Post by alldisc on Thu Apr 07, 2011 4:26 pm

    lain2 termasuklah... sesi teh tarik seperti di tmn equine, kota damansara, sunway, shah alam, putrajaya, hinggalah ke nilai, senawang dan port dickson




    sri hartamas.

    di nilai, berjumpa geng2 yg guna kips lama. seronokk..



    antara geng kippers




    event istimewa bila dapat jumpa KRZ lain




    Last edited by alldisc on Thu Apr 07, 2011 4:36 pm; edited 1 time in total

    alldisc

    Re: Kenangan Alldisc bersama Kips (berakhir juaa...)

    Post by alldisc on Thu Apr 07, 2011 4:29 pm

    pernah juga, aku round sampai 2-3 kawasan sebab seronok ride. masa ni dah nampak bibit2 perpecahan berlaku di kalangan rider kips.



    antara ride kawin selain koboi ialah zorro.



    alldisc

    Re: Kenangan Alldisc bersama Kips (berakhir juaa...)

    Post by alldisc on Thu Apr 07, 2011 4:32 pm

    ride besar2an termasuk ke behrang, ride terjah kasih ke fraser dan ride ke kuantan 700km pegi balik dalam 24 jam.

    terjah kasih




    layan koner... tak cecah lutut takpe, janji tak jatuh

    behrang bersama RMC (tak silap)


    dan ke kuantan (bawak khemah sekali, nak camping





    alldisc

    Re: Kenangan Alldisc bersama Kips (berakhir juaa...)

    Post by alldisc on Thu Apr 07, 2011 4:42 pm

    sambung dgn gambar krz aku ni, legend sungguh ni sbb dah 17 tahun usianya. kira dah nak habis sekolah laa.. amik SPM. kih kih kih..


    alldisc

    Re: Kenangan Alldisc bersama Kips (berakhir juaa...)

    Post by alldisc on Thu Apr 07, 2011 4:43 pm

    bila takde keja, mengecat lagi...





    macam biasa, keja tak habis. sbb penat. ala, lagi pun motor sendiri...




    alldisc

    Re: Kenangan Alldisc bersama Kips (berakhir juaa...)

    Post by alldisc on Thu Apr 07, 2011 4:46 pm

    masuk tahun 2011, tukar kaler lagi. tunjuk sket skil cat chassis.





    dan sebenarnya, selepas 18 bulan bersama akhirnya jodoh kami berakhir di sini. KRZ aku dipinang orang.


    alldisc

    Re: Kenangan Alldisc bersama Kips (berakhir juaa...)

    Post by alldisc on Thu Apr 07, 2011 4:49 pm

    setelah 11 tahun berlalu dan 5 bijik kawasaki ninja 150 telah kumiliki, apakah fenomena kips akan berakhir untuk diriku? ntah laa...

    anyway, aku nak ucapkan byk2 penghargaan pada teman yang sudi terima kehadiran aku. walau ada perbezaan pendapat, yg nyatanya minat kita sama iaitu kips.

    thank you arigato.

    gammafiber

    Re: Kenangan Alldisc bersama Kips (berakhir juaa...)

    Post by gammafiber on Thu Apr 07, 2011 6:36 pm


    Boleh buat rencana, seronok dibaca.

    Apakah episod selepas ini.. (ZXZXZX)

    centeng

    Re: Kenangan Alldisc bersama Kips (berakhir juaa...)

    Post by centeng on Thu Apr 07, 2011 8:58 pm

    alldisc wrote:setelah 11 tahun berlalu dan 5 bijik kawasaki ninja 150 telah kumiliki, apakah fenomena kips akan berakhir untuk diriku? ntah laa...

    anyway, aku nak ucapkan byk2 penghargaan pada teman yang sudi terima kehadiran aku. walau ada perbezaan pendapat, yg nyatanya minat kita sama iaitu kips.

    thank you arigato.

    terbaik broo!! salam kenal broo!!! cheers cheers

    asrolsani

    Re: Kenangan Alldisc bersama Kips (berakhir juaa...)

    Post by asrolsani on Thu Apr 07, 2011 9:26 pm

    zx la tu...hehe..
    ke pakai kereta je?

    nekman

    Re: Kenangan Alldisc bersama Kips (berakhir juaa...)

    Post by nekman on Thu Apr 07, 2011 9:50 pm

    gammafiber wrote:
    Boleh buat rencana, seronok dibaca.

    Apakah episod selepas ini.. (ZXZXZX)
    Kita tunggu berapa lama bro alldisc leh tahan tak kena pukulan pv superkips..
    Hehe..

    Daos

    Re: Kenangan Alldisc bersama Kips (berakhir juaa...)

    Post by Daos on Thu Apr 07, 2011 11:36 pm

    jgn merintih sifu kuu. sambar lagi sebijik superkips. haha cheers cheers

    mainjet290

    Re: Kenangan Alldisc bersama Kips (berakhir juaa...)

    Post by mainjet290 on Fri Apr 08, 2011 1:42 am

    alldisc wrote:setelah 11 tahun berlalu dan 5 bijik kawasaki ninja 150 telah kumiliki, apakah fenomena kips akan berakhir untuk diriku? ntah laa...

    anyway, aku nak ucapkan byk2 penghargaan pada teman yang sudi terima kehadiran aku. walau ada perbezaan pendapat, yg nyatanya minat kita sama iaitu kips.

    thank you arigato.

    OL ni..da lame dgn kips,mcm2 da pernah rase dgn kips..kdg2kan terasa macam kehilangan plak kalau ada sorang geng bikers kips yg quit riding..walaupun x pernah jumpe bertentang mate..

    alep

    Re: Kenangan Alldisc bersama Kips (berakhir juaa...)

    Post by alep on Fri Apr 08, 2011 2:52 am

    ada dgr x macam mana 2 stroke yang ada 2PV, 2 piston, 2 ekzos, 2 kali buka PV, ahaaaa....

    alha_98320

    Re: Kenangan Alldisc bersama Kips (berakhir juaa...)

    Post by alha_98320 on Fri Apr 08, 2011 9:08 am

    sedih la plak bace kisah encik alldics ni..tp memang menarik kisahnye..smoge bertemu jodoh lagi la dgn kips lain bom

    wadin

    Re: Kenangan Alldisc bersama Kips (berakhir juaa...)

    Post by wadin on Fri Apr 08, 2011 5:47 pm

    salam,
    terbaik dalam sejarahnya.......
    wish u all the best...jom kita buka forum CBR250r...cita2 aku nak jadi admin yg berjaya dan berkerja kuat dan berdaya saing dan tak pilih bulu atau bdn berbulu je Laughing Laughing Apa brg pakai kips lagi....Smile:)CBR he hee
    Cbr250 king up hill:)....

    selamat berjaya

    Sponsored content

    Re: Kenangan Alldisc bersama Kips (berakhir juaa...)

    Post by Sponsored content Today at 6:46 pm


      Current date/time is Sat Dec 10, 2016 6:46 pm