Kawasaki Kips Owners

FORUM FOR ALL GENERATION OF KAWASAKI KIPS


    TM BIKERS CARNIVAL 2012 @ 9-11May2012

    Share

    zaimittc

    TM BIKERS CARNIVAL 2012 @ 9-11May2012

    Post by zaimittc on Sun May 06, 2012 4:44 pm

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera Warga Bikers (minta izin tuan Mod untuk iklankan perkara ini),




    Saya Mewakili seluruh warga kerja TM Bikers Malaysia (lebih dikenali sebagai Telekom Malaysia Bikers) ingin menjemput semua warga Bikers untuk turut serta didalam program Karnival yang bakal diadakan pada tarikh & masa seperti dibawah :

    Program : Karnival TM Bikers 2012
    Tarikh : 9-11 Mei 2012 (Rabu-jumaat)
    Masa : 9 Pagi - 5 Petang

    Ini merupakan Karnival Kali Ke-2 sepanjang penubuhan TM Bikers sejak June 2010.
    Keahlian TM Bikers adalah dari anggota TM itu sendiri.

    Karnival Kali ini akan disertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan NGO seperti PDRM yang akan membuka kaunter pembayaran saman, Perkeso (untuk pertanyaan berkenaan hak sebagai ahli/pencarum etc), Persatuan Pengguna Jalanraya Malaysia (PPJM), JKJR, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, BOMBA, dan perbagai agensi lain dari swasta seperti Hospital Pantai, Pelajar Kolej Perubatan Masterskill yang akan membuat demo Kesihatan dan perbagai lagi.

    Disamping itu juga, Penyertaan kali ini disertai oleh Pengedar motosikal berkuasa tinggi Pihak Naza Bikers Dream & Welly Advance Cycle akan mengambil bahagian dimana mereka akan membuat promosi jualan motosikal sehingga 30% potongan harga. selain itu, TM Bikers sendiri akan membuka Booth jualan merchandise, Pihak Retrosuperbike Malaysia akan membuka kaunter jualan barangan Runcit yang mana akan mengadakan aktiviti jualan lelong sebanyak 70% barangan Runcit, RD Club juga akan membuka kaunter jualan merchandise mereka, tidak terkecuali Motostylestore yang mana akan menjual barangan aksesories motosikal yang mana diskaun sebanyak 50% untuk pembeli dan perbagai acara menarik yang lain menanti pengunjung.

    untuk meransangkan lagi acara karnival tahun ini, pihak penganjur (TM Bikers) akan menyediakan Goodies Bag kepada Mana2 kelab motosikal yang hadir bersama kumpulan (sekurang-kurangnya 10 motosikal). Selain daripada itu, pelbagai aktiviti menarik telah disusun pihak penganjur seperti cabutan bertuah berupa helmet, hamper, merchandise TM Bikers dan lain-lain lagi.

    Datang lah beramai-ramai!!!

    parking untuk motosikal akan disediakan di Lobby Utama Menara TM.

    sebarang Pertanyaan, sila berhubung dengan saya.

    sekian terima kasih

    -zaimi-
    019 359 6229
    FB : TM Bikers Malaysia


    babykures

    Re: TM BIKERS CARNIVAL 2012 @ 9-11May2012

    Post by babykures on Sun May 06, 2012 7:40 pm

    cm best jer

    imam123

    Re: TM BIKERS CARNIVAL 2012 @ 9-11May2012

    Post by imam123 on Sun May 06, 2012 11:01 pm

    weekdays dan office hour. terbaik..

    asrolsani

    Re: TM BIKERS CARNIVAL 2012 @ 9-11May2012

    Post by asrolsani on Tue May 08, 2012 7:38 pm

    esok nak pegi...sapa nak join?

    imam123

    Re: TM BIKERS CARNIVAL 2012 @ 9-11May2012

    Post by imam123 on Wed May 09, 2012 1:07 am

    asrolsani wrote:esok nak pegi...sapa nak join?

    sape2 yg leh ngular time keje boleh la pegi.. sob sob..kalo pegi pun, cuci mate je la.. paling mahal boleh beli pun sticker dengan keychain je kot.. kihkihkih ekonomi tak mengijinkan..

    Sponsored content

    Re: TM BIKERS CARNIVAL 2012 @ 9-11May2012

    Post by Sponsored content Today at 6:07 pm


      Current date/time is Tue Dec 06, 2016 6:07 pm