Kawasaki Kips Owners

FORUM FOR ALL GENERATION OF KAWASAKI KIPS

    Sukatan 2T yang dicampur ke dalam tank minyak petrol

    Share

    keeps

    Sukatan 2T yang dicampur ke dalam tank minyak petrol

    Post by keeps on Fri Apr 26, 2013 11:53 pm

    Aku jadi risau masa jalan asap takde langsung. Jadi aku campur 2T sikit dalam tank minyak petrol. Sekarang aku main agak je kalau masukkan 2t dalam tank minyak pakai penutup botol 2T tu. Sekarang ni aku cuma nak tahu saja ada sukatan tertentu ke bila campur 2T ni? Sebab hari tu ada brader naik motor rxz ni dia pakai botol susu bayi Laughing dalam ada 2t kot aku agak sebab dia masukkan minyak tu dalam tank minyak dia. Mula aku tergelak tapi bila aku tengok betul-betul dia gunakan botol susu tu untuk sukat 2T dia.

    hafis343

    Re: Sukatan 2T yang dicampur ke dalam tank minyak petrol

    Post by hafis343 on Sun Apr 28, 2013 1:26 pm

    utk premix jgn byk2.....just rm10=1 penutup dah cukup....tp klu dekat2 xyh premix........

    keeps

    Re: Sukatan 2T yang dicampur ke dalam tank minyak petrol

    Post by keeps on Tue Apr 30, 2013 12:41 am

    hafis343 wrote:utk premix jgn byk2.....just rm10=1 penutup dah cukup....tp klu dekat2 xyh premix........

    Aku memang guna motor ni untuk long distance ulang-alik kerja. Biasanya minyak full tank aku isi 2 penutup tu. Biasanya aku isi rm14=2 penutup. Jadi sekarang aku kena kurangkan kalau macam tu. Biasa masalah apa datang kalau lebih? Sebab aku pun sekarang cuba-cuba aje isi 2T dalam tank ni. Selama ni memang tak pernah buat. Neutral

    hafis343

    Re: Sukatan 2T yang dicampur ke dalam tank minyak petrol

    Post by hafis343 on Tue Apr 30, 2013 8:48 am

    Masalah yang akan berlaku....moto akan lembap la....mcm sebu klu premix terlebih........x silap aku la mendapan karbon akan lebih banyak kat piston....

    corekips

    Re: Sukatan 2T yang dicampur ke dalam tank minyak petrol

    Post by corekips on Tue Apr 30, 2013 11:47 am

    kalau boleh x payah campur pun x apa...
    kips ni mmg dh dicipta x payah campur coz kips ada coolen tuk support kalau enjin panas...
    rxz x ada coolen dia pakai angin semata2 tuk bg sejuk enjin...

    khor

    Re: Sukatan 2T yang dicampur ke dalam tank minyak petrol

    Post by khor on Thu May 02, 2013 9:24 pm

    tak perlu campur dlm tank... kips ni ada 2t injector.. itu dah cukup utk salurkan 2t yg secukupnya kedalam injin... aku dah pakai kips ni 3 thn, jarak jalan 25k.. dok test top speed kat hi way, mendaki bukit grik & banding, takde problem pun... semua skru kat inijn semua darah lagi.. tak pernah usik... Very Happy janji 2t jangan kering je... Shocked

    keeps

    Re: Sukatan 2T yang dicampur ke dalam tank minyak petrol

    Post by keeps on Thu May 02, 2013 10:27 pm

    khor wrote:tak perlu campur dlm tank... kips ni ada 2t injector.. itu dah cukup utk salurkan 2t yg secukupnya kedalam injin... aku dah pakai kips ni 3 thn, jarak jalan 25k.. dok test top speed kat hi way, mendaki bukit grik & banding, takde problem pun... semua skru kat inijn semua darah lagi.. tak pernah usik... Very Happy janji 2t jangan kering je... Shocked

    2T injector dengan 2T pump benda yang sama ke?
    Kalau macam tu lepas ni aku tak payah isi 2T la dalam tank. Sebelum ni cuma tak konfiden je takut kalau 2T pump ada problem. Asap macam langsung takde. Biasa dulu pernah pakai suzuki RG. Asap kepul-kepul. Nyamuk boleh mati Laughing

    khor

    Re: Sukatan 2T yang dicampur ke dalam tank minyak petrol

    Post by khor on Wed Jul 10, 2013 8:25 am

    keeps wrote:
    khor wrote:tak perlu campur dlm tank... kips ni ada 2t injector.. itu dah cukup utk salurkan 2t yg secukupnya kedalam injin... aku dah pakai kips ni 3 thn, jarak jalan 25k.. dok test top speed kat hi way, mendaki bukit grik & banding, takde problem pun... semua skru kat inijn semua darah lagi.. tak pernah usik... :Djanji 2t jangan kering je... Shocked

    2T injector dengan 2T pump benda yang sama ke?
    Kalau macam tu lepas ni aku tak payah isi 2T la dalam tank. Sebelum ni cuma tak konfiden je takut kalau 2T pump ada problem. Asap macam langsung takde. Biasa dulu pernah pakai suzuki RG. Asap kepul-kepul. Nyamuk boleh mati  Laughing

    yup benda yg sama pump atau injector....Laughing... yup tak perlu campur ke dlm tank... mula2 start pagi2 memang byk asap, sbb injin masih sejuk, pembakaran belum sempurna .... bila injin dah panas ia sepatutnya takde asap.. sbb pembakaran dah sempurna atau optimum... Smile 

    GhostRideR

    Re: Sukatan 2T yang dicampur ke dalam tank minyak petrol

    Post by GhostRideR on Sun Jul 14, 2013 2:12 am

    khor wrote:

    pendapat disokong.. study 

    Sponsored content

    Re: Sukatan 2T yang dicampur ke dalam tank minyak petrol

    Post by Sponsored content Today at 8:27 pm

      Current date/time is Mon Dec 05, 2016 8:27 pm