Kawasaki Kips Owners

FORUM FOR ALL GENERATION OF KAWASAKI KIPS

    Bagaimana seorang adjuster bekerja

    Share

    alldisc

    Bagaimana seorang adjuster bekerja

    Post by alldisc on Wed Sep 02, 2009 9:44 am

    aku nak citer sket pengalaman aku keje sebagai adjuster. kebetulan ada satu fail aku masih simpan cuma tinggal gambar saja.

    ini pun kenangan hidup sebagai adjuster.

    wadin

    Re: Bagaimana seorang adjuster bekerja

    Post by wadin on Wed Sep 02, 2009 10:08 am

    cite cite lahhhhh Very Happy ...
    macamana nak jadi adjuster tu? dulu cita cita aku.....
    aku dah bosan niii:)

    alldisc

    Re: Bagaimana seorang adjuster bekerja

    Post by alldisc on Wed Sep 02, 2009 10:15 am

    sebaik saja pihak insurans mengarahkan syarikat adjuster utk survey satu claim, sykt adjuster akan assign seorang adjuster berlesen utk pergi survey kenderaan itu dalam masa 24 jam.

    adjuster akan ke bengkel untuk survey dan menerima dokumen lengkap dari pihak bengkel bersama anggaran kos (estimates). bersama anggaran tersebut maka adjuster akan survey kenderaan terbabit. contoh ialah sebuah motorsikal yang aku penah survey

    alldisc

    Re: Bagaimana seorang adjuster bekerja

    Post by alldisc on Wed Sep 02, 2009 10:18 am

    sepanjang 7 tahun bekerja sebagai adjuster aku dah buat lebih kurang 5,000 kes eksiden termasuk 3rd party, kecurian dan kebakaran. selalunya membabitkan kenderaan yang biasa kita lihat macam proton wira, kancil, honda ex5 dan sbgnya. tapi kes yang aku nak share kan ni benar2 memeningkan kepala aku. lihat gambar...

    motor jenis CBR600F

    dari depan nampak macam takde apa2...

    alldisc

    Re: Bagaimana seorang adjuster bekerja

    Post by alldisc on Wed Sep 02, 2009 10:19 am

    kerosakan yang teruk adalah dibahagian belakang

    alldisc

    Re: Bagaimana seorang adjuster bekerja

    Post by alldisc on Wed Sep 02, 2009 10:20 am

    3 maklumat yang penting ada ialah no chassis (VIN), no enjin dan bacaan odometer

    alldisc

    Re: Bagaimana seorang adjuster bekerja

    Post by alldisc on Wed Sep 02, 2009 10:22 am

    kemudian gambar kerosakan diambil untuk tunjukkan pada sykt insurans bahawa kerosakan itu adalah betul dan konsisten dengan apa yang dituntut

    ini gambar sport rim belakang. konpem takleh repair

    ini gambar swing arm belakang

    alldisc

    Re: Bagaimana seorang adjuster bekerja

    Post by alldisc on Wed Sep 02, 2009 10:23 am

    ekzos tinggal manifold dan center pipe saja. slip on dah tercabut

    fairing pecah

    alldisc

    Re: Bagaimana seorang adjuster bekerja

    Post by alldisc on Wed Sep 02, 2009 10:25 am

    tempat duduk koyak

    dan ekor belakang bersama lampu dan plet semuanya tercabut

    alldisc

    Re: Bagaimana seorang adjuster bekerja

    Post by alldisc on Wed Sep 02, 2009 10:34 am

    aku tak ingat samada kes ni total loss atau repair balik. tapi aku pening kepala nak adjust kos repair sbb ini bukan motor biasa dan tiada pengedar rasmi yang boleh mengesahkan harga alat ganti. contoh macam Kawasaki boleh rujuk kat Sunrock, Honda kat Boon Siew.

    Naza pulak bukan pengedar rasmi Honda di malaysia (cuma Ducati dan Harley) jadi sykt insurans tidak mahu terima harga yang mereka berikan.

    tak silap aku kes ni owner dan kedai nak total loss, tapi sbb masa tu market motor ni antara 26K-30K sedangkan kos repair pulak tak mungkin cecah 20K.

    ini termasuk set fairing (katakan 7K), rim belakang (katakan 5K) dan ekzos full system (8K), swing arm 5K manakala upah katakan 2K. pun belum mencukupi untuk write-off motor ni.

    kena pulak motor ni berusia lebih 10 tahun jadi owner kena tanggung 40% dari harga spare part. mana adil pulak motor thn 92/93 dapat spare part baru ye tak? kena bayarlah sket. ini adalah peraturan bank negara.

    nasib baik kes ini tidak jadi kes berbangkit kalau tidak memang pening kepala aku.

    alldisc

    Re: Bagaimana seorang adjuster bekerja

    Post by alldisc on Wed Sep 02, 2009 10:40 am

    lain2 kes termasuklah dari kemalangan kecil seperti berikut. cuma lampu calar.

    alldisc

    Re: Bagaimana seorang adjuster bekerja

    Post by alldisc on Wed Sep 02, 2009 10:45 am

    ini ialah kes sederhana dan biasa

    alldisc

    Re: Bagaimana seorang adjuster bekerja

    Post by alldisc on Wed Sep 02, 2009 10:55 am

    ini kes sederhana teruk

    alldisc

    Re: Bagaimana seorang adjuster bekerja

    Post by alldisc on Wed Sep 02, 2009 11:00 am

    kes yang sebegini pada aku ialah kategori teruk

    alldisc

    Re: Bagaimana seorang adjuster bekerja

    Post by alldisc on Wed Sep 02, 2009 11:10 am

    ini kategori sangat teruk membabitkan kematian

    alldisc

    Re: Bagaimana seorang adjuster bekerja

    Post by alldisc on Wed Sep 02, 2009 11:20 am

    ini pulak lawannya yang cedera parah. punca pertembungan ialah kerana makan jalan di selekoh. tapi yang cedera parah cakap dia dalam laluan yang betul. yang mati tidak dapat membela diri. polis jadi pening.

    *nota :- aku selalu berjumpa kes2 kemalangan bertembung di selekoh justeru aku amat sedih dgn cara pemandu malaysia - rata2 aku boleh katakan tak ramai mampu pandu di selekoh dengan betul dan ini adalah antara punca kemalangan yang besar peratusannya.

    ini juga antara sebab mengapa aku tidak aktif di klawang atau aktiviti turun naik bukit yg lain. aku berani kata 80% pemandu/penunggang akan makan jalan dan sangat berbahaya terutama jika arah haluan bertentangan 2 hala. aku lebih pentingkan corak tunggangan yang selamat dari sasaran hendak mencecah lutut. so pada kawan2 semua, berhati2lah.

    kipas

    Re: Bagaimana seorang adjuster bekerja

    Post by kipas on Fri Sep 04, 2009 11:08 am

    info yg gt berguna dr bro alldisc...

    _________________
    12/10/2008 dr kiri:skido,ali weng,koboi gurun,azzo,kipas,lumin,chokey

    22/01/2012 http://kips.forumotions.net/t2447-1st-tts-siang-2012-di-putrajaya-22-january-2012

    wadin

    Re: Bagaimana seorang adjuster bekerja

    Post by wadin on Fri Sep 04, 2009 11:14 am

    bro, apa requirement nak jadi adjuster?
    Kena attend class atau ambik exam...
    kau boleh cerita sikit...

    thk

    Guest
    Guest

    Re: Bagaimana seorang adjuster bekerja

    Post by Guest on Fri Sep 04, 2009 11:22 am

    wadin wrote:bro, apa requirement nak jadi adjuster?
    Kena attend class atau ambik exam...
    kau boleh cerita sikit...

    thk
    sy pun berminat Smile

    alldisc

    Re: Bagaimana seorang adjuster bekerja

    Post by alldisc on Fri Sep 04, 2009 12:07 pm

    wadin dan sinclair,

    keje sbg adjuster satu keje seronok. banyak travel dan bos tak ikut kita travel.

    aku pun nasib baik saja dapat join. di malaysia ada lebih 30 sykt adjuster berdaftar. tapi memandangkan ramai adjuster yang suka keja ni, jadi tak ramai yang nak resign atau tukar keja. movement tak banyak.

    tapi kalau minat aku ada lubang utk keja adjuster. syarat adalah sepeti berikut

    1. membabitkan kes bodily injury atau kecederaan dan perbicaran mahkamah
    2. selalu kena travel ke outstation, adakalanya 2-3 hari dan membabitkan seluruh semenanjung malaysia. kuala lipis pun aku penah tidur semalam tapi tak jumpa lak rumah siti nurhaliza. tapi kena bersedia utk travel pada arahan last minute
    3. ada keta sendiri, dan ada lesen memandu
    4. tiada rekod jenayah
    5. sebaiknya boleh berbahasa inggeris
    6. punyai tahap common-sense yang tinggi membabitkan kemampuan menilai seseorang individu dan kecekapan mengesan sesuatu lokasi

    seorg adjuster perlu mempunyai lesen adjuster yang dikeluarkan oleh Bank Negara tetapi biasanya keja dulu baru buat lesen. aku dulu pun camtu gak. lepas tu kena ada sijil Basic Certificate in Loss Adjusting dari MII (malaysia institute of insurance)

    training biasanya on job aje. start aje keje training sekali la.

    Guest
    Guest

    Re: Bagaimana seorang adjuster bekerja

    Post by Guest on Fri Sep 04, 2009 12:09 pm

    alldisc wrote:wadin dan sinclair,

    ic, aku semua ok, kecuali yg >> 3. ada keta sendiri, dan ada lesen memandu. lesen semestinyer ader.

    evilme

    Re: Bagaimana seorang adjuster bekerja

    Post by evilme on Fri Sep 04, 2009 9:50 pm

    kalau kes moto hilang/dicuri apa yg selalu diambil kira kalau nak buat claim

    wadin

    Re: Bagaimana seorang adjuster bekerja

    Post by wadin on Sat Sep 05, 2009 9:34 am

    salam...
    alldisc, thank 4 info. nanti kita bincang detail pasal ini...

    thk

    alldisc

    Re: Bagaimana seorang adjuster bekerja

    Post by alldisc on Sat Sep 05, 2009 10:17 am

    evilme wrote:kalau kes moto hilang/dicuri apa yg selalu diambil kira kalau nak buat claim

    pihak polis selalunya tak kisah sangat pasal kecurian dan depa akan jalankan siasatan seperti yang termaktup dalam buku panduan (ambil keterangan, buat siasatan, buat laporan) tetapi pihak insurans yang lebih teliti.

    mereka akan memeriksa samada
    1. kes laporan kecurian konsisten atau tidak (motor jenama Demak tidak mungkin kena curi begitu juga motor yang berkunci)
    2. sejarah tuntutan pemilik (pernah claim atau tidak)
    3. adakah pemilik mempunyai masalah kewangan (cth 6 bulan tak bayar instalment motor)

    sekiranya seseorang tu mempunyais alah satu ciri2 di atas yang berkemungkinan benar, maka bersedialah untuk disiasat secara lebih lanjut oleh pihak insurans/adjuster. sebarang penyataan yang salah boleh menyebabkan insurans menolak tuntutan kita.

    contohnya:-
    a. parking motor dan pegi tengok wayang tetapi kunci tertinggal kat hendal - REJECT
    b. pinjam motor kat kawan tapi kawan tak pulang2 dan terus menghilang. - REJECT
    c. menyatakan payment tak sangkut tetapi bila check kat kedai banyak bulan tak bayar. - REJECT

    harap maklumat ini dapat membantu.

    evilme

    Re: Bagaimana seorang adjuster bekerja

    Post by evilme on Sun Sep 06, 2009 8:41 am

    alldisc wrote:

    thx for the info bro.

    Sponsored content

    Re: Bagaimana seorang adjuster bekerja

    Post by Sponsored content Today at 8:23 am

      Current date/time is Mon Dec 05, 2016 8:23 am