Kawasaki Kips Owners

FORUM FOR ALL GENERATION OF KAWASAKI KIPS


    operasi JPJ keatas bikers kaki leper?

    Share

    kawesakai_penang

    operasi JPJ keatas bikers kaki leper?

    Post by kawesakai_penang on Sun Nov 15, 2009 11:31 pm

    Operasi JPJ-Target Superbike!


    Salam semua...

    pagi tadi 15/11/09, cuaca yang agak redup memberikan kesempatan untuk saya dan beberapa rakan bikers saya mengendalikan jentera serta memanaskan motor masing-masing. keluar dari rumah dalam jam 0830 pagi terus menghala ke Tol Gombak dengan niat melayan conering (sikit-sikit lah) dan seterusnya pekena nasi lemak Bdr Karak.

    Bila sampai sahaja di area Tol Gombak, saya melihat ramai anggota JPJ dan Polis sedang memulakan pasang kon dan sebagainya. Mereka melihat saya begitu saya (ikut laluan motor). Mulanya ingat macam mereka nak berkonvoi kesesuatu tempat atau apa, rupanya mereka sedang mula melakukan operasi besar-besaran!

    Sampai di BHP selepas Tol Gombak, hanya ada beberapa bikers sahaja di situ yang lain Hilang??? sembang-sembang dengan mereka semua, depa cakap JPJ sedang giat buat operasi khas dengan sasaran utama mereka :

    1. Superbike yang dok melayan conering di Awana/Karak Highway hujung minggu - dah ramai pengguna 4 tayar buat aduan kepada pihak penguatkuasa, Karak-Awana adalah lane untuk meleperr untuk sbk. Semua diperiksa (ada member yg kena tadi), Lesen, road tax, tayar, saiz no plet, eksos dan macam-macam lagilah...

    2. Sbk dengan no pendaftaran Singapura! dengar kata beberapa siri operasi JPJ dah sapu bersih motor-motor dengan pendaftaran Singapura. Kalau sesiapa kata, takde apelah...silalah bawa motor anda ke JPJ sekarang untuk 'rutin' pemeriksaan. yang jelas dan nyata...tadi tak ada sebiji pun motor sbk plat Singapura kelihatan! Kalau anda benar-benar berminat nak pakai sbk dengan pendaftaran sana, pastikan ianya benar-benar legal 100%. Boleh minta advise dari mereka yang benar-benar pakar dalam hal ini...

    3. Pemeriksaan turut dilakukan ke atas kenderaan-kenderaan 4 roda dengan bentuk yg 'sporty'...yang jelas melakukan pengubahsuaian tanpa kebenaran. nampak ada beberapa trak tunda JPJ kat situ tadi...

    apa yang nyata, hari ini tersangatlah kurangnya sbk yang bermain-main di Karak..member2 sempat cakap, dah dapat infor SMS akan operasi tersebut. Tapi, peluang layan karak tersebut tetap saya pergunakan dengan sebaiknya melayan jentera KSR saya dengan baiknya....ngupenya melayan conering dengan KSR ini, 130-150kmj selamber ajer...

    apa pun nasihat saya pada semua...

    1. Pastikan anda mempunyai Lesen Memandu Yang Sah (mengikut Katagori Motorsikal Anda).

    2. Mempunyai Cukai Jalan dan Insuran yang masih sah dan belum tamat tempoh.

    3. Pastikan anda memakai full protection gear!

    4. Kalau terlalu kerap main conering, saya nasihatkan buat PA Insuran. Anything can happen to you...

    5. Ingatlah, kalau anda hebat...ada yang lebih hebat dari anda, dan sehebat mana pun kita, Allah SWT lebih maha hebat! Jangan lupa Baca Doa Naik Kenderaan dan MengingatiNya semasa mengendalikan jentera anda...


    dipetik dari ninja250rmalaysia.com







    dh xclear la nak layan koner pasni.... Mad

    alldisc

    Re: operasi JPJ keatas bikers kaki leper?

    Post by alldisc on Mon Nov 16, 2009 8:29 am

    cari port baru... mcm jalan kat kudat atau tawau.

    serangga jalanan

    Re: operasi JPJ keatas bikers kaki leper?

    Post by serangga jalanan on Mon Nov 16, 2009 12:42 pm

    alldisc wrote:cari port baru... mcm jalan kat kudat atau tawau.

    sembang kipsssss...
    SL la bro ni...

    kawesakai_penang

    Re: operasi JPJ keatas bikers kaki leper?

    Post by kawesakai_penang on Mon Nov 16, 2009 1:25 pm

    hahaha...... layan kona dalam pc je la pasni.....

    awin

    Re: operasi JPJ keatas bikers kaki leper?

    Post by awin on Mon Nov 16, 2009 1:29 pm

    kawesakai_penang wrote:hahaha...... layan kona dalam pc je la pasni.....

    apebarang PC... SEPANG TRACK DAY la... lagi layan.... hahhahaahhahahaaa lol! lol!

    kawesakai_penang

    Re: operasi JPJ keatas bikers kaki leper?

    Post by kawesakai_penang on Mon Nov 16, 2009 1:54 pm

    awin wrote:
    kawesakai_penang wrote:hahaha...... layan kona dalam pc je la pasni.....

    apebarang PC... SEPANG TRACK DAY la... lagi layan.... hahhahaahhahahaaa lol! lol!

    yang ni dh dalam perancangan........ insyaallah tahun depan klu dok s.alam, leh la layan trackday ngan korang..... cheers

    wan tuah

    Re: operasi JPJ keatas bikers kaki leper?

    Post by wan tuah on Tue Nov 17, 2009 12:41 am

    kawesakai_penang wrote:
    awin wrote:
    kawesakai_penang wrote:hahaha...... layan kona dalam pc je la pasni.....

    apebarang PC... SEPANG TRACK DAY la... lagi layan.... hahhahaahhahahaaa lol! lol!

    yang ni dh dalam perancangan........ insyaallah tahun depan klu dok s.alam, leh la layan trackday ngan korang..... cheers

    tahun depan lambat lagi bro...minggu depan pun ada..bulan depan pun ada..hehe..ape2 pun pilihan ditangan anda..cool.. Cool

    kurt2812

    Re: operasi JPJ keatas bikers kaki leper?

    Post by kurt2812 on Tue Nov 17, 2009 2:56 am

    awin wrote:
    kawesakai_penang wrote:hahaha...... layan kona dalam pc je la pasni.....

    apebarang PC... SEPANG TRACK DAY la... lagi layan.... hahhahaahhahahaaa lol! lol!

    sifu awin begitu segak dgn racing sut nya!!! huhuhu!!! flower

    Sponsored content

    Re: operasi JPJ keatas bikers kaki leper?

    Post by Sponsored content Today at 6:09 pm


      Current date/time is Tue Dec 06, 2016 6:09 pm