Kawasaki Kips Owners

FORUM FOR ALL GENERATION OF KAWASAKI KIPS


    Mari senyum2...

    Share

    helmynyte89

    Re: Mari senyum2...

    Post by helmynyte89 on Mon May 17, 2010 11:59 pm

    Hahahahhaa............vote for cirit-birit by wan tuah...

    kipas

    Re: Mari senyum2...

    Post by kipas on Thu May 20, 2010 6:41 pm

    Tak silap masa tu aku form 2.. aku dok sekolah asrama.. tiba2 aku terbangun dalam pukul 3 pagi.. perut memulas2.. apa lagi, terus bergegas ke jamban.. namun apakan daya, hajatnya telah sampai.. maka, bersepahlah c***t di depan pintu tandas tue.. aku dengan takut2 (sbb tandas tue mmg horror,byk kali dah org jumpa ha nun ta wau) mencebok sepantas kilat dan suar kecikku (Scuba) ditinggalkan tanpa sebarang rasa bersalah..

    Keesokan harinya..

    Malam tue dinner kat dewan makan.. ketua warden pun ada sekali.. selesai dinner, budak2 pompuan diarahkan meninggalkan dewan makan.. jadi tinggal budak2 laki form 1 - form 5 saja dalam dewan makan tuh.. ketua warden amik mic, terus buat pengumuman :

    "SIAPA YANG CIRIT DEPAN PINTU TANDAS TINGKAT 1 BAIK MENGAKU CEPAT??!!!!"

    Aku punyalah malu time tue.. tapi aku wat bodo saja.. dalam hati nak tergelak lah ada.. pastu dekat sejam jugak la ketua warden membebel pasal tak jaga kebersihan, budak2 suka fly, tak patut ber*k merata tempat.. dalam hati aku tak abis2 tergelak..

    copy dr tenet...


    _________________
    12/10/2008 dr kiri:skido,ali weng,koboi gurun,azzo,kipas,lumin,chokey

    22/01/2012 http://kips.forumotions.net/t2447-1st-tts-siang-2012-di-putrajaya-22-january-2012

    kipas

    Re: Mari senyum2...

    Post by kipas on Thu May 20, 2010 6:42 pm

    mggu lalu.. aq g menunai kan solat maaghrib kat surau berhampiran umah aq....(slalu g masjid, tp ari 2 saja nk ke surau plak)
    aq dok saf no 2... time sujud aq bangun lambat(tetiba aq rasa cm gelap sikit).... bila aq bangun je.....rupa2 nya kepala aq masuk dlam kain pakcik mana tah yg dok depan aq..... yg lebih memeranjat kan, pakcik 2 termencarut dan suara yg kuat( x boleh tulis kang kena senset).... aq cepat2 lari kuar surau sbb aq x tahan gelak.....

    copy dr tenet...


    _________________
    12/10/2008 dr kiri:skido,ali weng,koboi gurun,azzo,kipas,lumin,chokey

    22/01/2012 http://kips.forumotions.net/t2447-1st-tts-siang-2012-di-putrajaya-22-january-2012

    mambang

    Re: Mari senyum2...

    Post by mambang on Thu May 20, 2010 7:06 pm

    Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka
    terdiri dari Junior, Senior dan Veteran, disusun mengikut jangka masa
    di institusi tersebut.
    Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan
    mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil.
    Junior orang pertama dipanggil. Doktor itu memberi situasi.
    "Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting
    dibawa bersama?"
    Junior berfikir seketika. "Padang pasir panas..." Doktor
    angguk. "Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik.
    "Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana."
    Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Junior.
    Kemudian, dia memanggil Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor
    itu.
    "Yang saya tau, padang pasir tu panas..." Senior berkata setelah
    berfikir panjang.
    "Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat.
    "Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!"
    Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan. Kemudian,
    Veteran pula dipanggil.
    "Awak dah lama benar di sini kan?"
    "Ya, tuan doktor" jawab Veteran selamba.
    Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Veteran
    sebelum ini.
    "Oh, padang pasir, memang panas betul sana," Veteran tidak ambil
    masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja.
    "Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteran sudah
    sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa.
    "Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta..."
    Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Veteran.
    "Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?"
    Veteran dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalau panas sangat,
    saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"

    mambang

    Re: Mari senyum2...

    Post by mambang on Thu May 20, 2010 7:19 pm

    Akhirnya Pak Ali yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya ke rumah orang-orang tua. Baru saja dia masuk ke sana, seorang jururawat yang ayu sudah datang menemaninya duduk-duduk di anjung.

    Begitulah, mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang hendak terbenam. Tiba-tiba Pak Ali mencondongkan badannya ke kanan.

    Si Jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.

    Beberapa saat kemudian kembali Pak Ali mencondongkan badannya, kali ini ke kiri. Kembali dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali. Begitulah terjadi selama beberapa menit.

    Akhirnya si jururawat membawa Pak Ali kembali ke biliknya.

    Keesokan harinya anaknya datang melawat.

    “Bagaimana keadaan ayah di sini?” tanya anaknya.

    “Menyenangkan . Tilamnya empuk, makanannya enak, jururawatnya manis-manis. Tapi ada satu masalah”

    “Masalah apa ayah?”

    “Mereka tidak mengizinkan ayah kentut di sini”

    paeach

    Re: Mari senyum2...

    Post by paeach on Wed May 26, 2010 3:44 pm

    ni ada lg 1...dipetik dari friend Myspaceku..


    tajuk : Masalah Orang Tua

    Pada
    satu hari seorang lelaki tua berumur 75 tahun telah datang berjumpa
    dengan seorang doktor untuk membuat analisis kandungan jumlah sperma
    yang ada di dalam air maninya.

    Kemudian doktor itu pun
    memberikan botol sambil berkata "Pakcik ambil botol ini dan esok datang
    balik jumpa saya bersama dengan contoh air mani pakcik di dalam botol
    ini ye."

    Pada keesokan harinya, lelaki tua itu datang kembali
    bersama botol yang diberikan oleh doktor semalam. Namun begitu doktor
    itu tengok di dalam botol itu kosong saja dan tidak ada lansung air
    mani orang tua itu. Lalu doktor pun bertanya kepada orang tua tersebut,
    mengapa tak diisi contoh air mani ke dalam botol tersebut.

    Lalu lelaki tua itu pun menjawap.
    "Tuan
    doktor, ceritanya begini, memula tu saya gunakan tangan kanan saya tapi
    tak dapat jugak. Kemudian saya cuba guna pula tangan kiri saya pun tak
    dapat jugak. Kemudian saya suruh isteri saya tolong pula. Isteri saya
    memula guna tangan kanan tapi tak dapat jugak, kemudian guna tangan
    kiri pun tak dapat jugak. Kemudian isteri saya cuba menggunakan mulut
    pula, memula dia pakai gigi dalam tapi tak dapat jugak, kemudian guna
    gigi di luar pun dapat jugak. Sungguh susah, akhirnya kami panggil anak
    perempuan jiran di sebelah rumah kami, dan dia juga telah mencuba
    gunakan mulut dan tangan tapi tak dapat-dapat jugak." Terang lelaki tua
    itu.

    Doktor amat terperanjat. "Apa..! Awak mintak tolong dari anak perempuan jiran awak..??!!!!"

    Lelaki tua itu menjawap lagi. "Ya betul tuan doktor, bagaimana kuatnya kami berusaha, tapi masih tak dapat-dapat juga nak bukak..............PENUTUP BOTOL nih...!"


    shimash

    Re: Mari senyum2...

    Post by shimash on Sun May 30, 2010 11:12 pm

    MUTHU & THE INTERVIEWER
    Interviewer : What is your birth date?
    Muthu : 13th October
    Interviewer : Which year?
    Muthu : ... EVERY YEAR

    MUTHU & HIS MANAGER
    Manager asked to Muthu at an interview....
    Can you spell a word that has more than 100 letters in it?
    Muthu replied: P-O-S-T-B-O- X

    MUTHU & LONDONTRIP
    After returning back from a foreign trip, Muthu asked his wife, Do I look
    like a foreigner?
    Wife : No! Why?
    Muthu : In London ,a lady asked me, 'Are you a foreigner?'.. that's why...
    Wife : SHOCKED!

    MUTHU & TOURIST
    One tourist from U.S.A.asked to Muthu whether any great man born in this
    village or not .. and Muthu said .. 'No sir, only babies were bornhere ..'

    MUTHU & HIS EXPERIMENT
    Muthu was doing experiment with cockroach. First he cut it's one leg and
    told WALK. WALK. Cockroach walked.
    Then he cut it's second leg and told the same. Cockroach walked. Then cut
    the third leg and did the same. At last he cut it's fourth leg and ordered
    it walk! But cockroach didn't walk.
    Suddenly Muthu said loudly, 'I found it. If we cut cockroach's fourlegs,
    it becomes deaf.
    Muthu become a saint!

    MUTHU & DRIVER
    When Muthu was travelling with his wife in a motorised tricycle, the
    driver adjusted mirror. Muthu shouted, 'You are trying to see my wife?
    Sit back. I will drive.

    MUTHU GOES TO HOTEL
    Muthu went in a hotel. To wash hands he went to the washbasin. There he
    started washing the basin. Seeing this, the manager asked what was he
    doing. Muthu pointed towards the board ' WASH BASIN'

    MUTHU & INTERVIEWER - FINAL PART
    Interviewer : Just imagine your in 20th floor in a building, it caught
    fire and how will you escape ?
    Muthu : It's simple.. I will just stop my imagination ..


    Oh .. i forgot . the funniest part ..
    On a political rally Muthu was arrested. Why ????????????
    Because, a woman journalist walking with a badge wrote 'PRESS' on her
    right chest ... and he did it !

    r0cket_terbang

    Re: Mari senyum2...

    Post by r0cket_terbang on Sun May 30, 2010 11:25 pm

    wan tuah wrote:Apa benda paling pantas???

    Seorang CEO sedang mencari seorang eksekutif baru dalam syarikatnya.. Daripada beribu permohonan yg diterima, hanya empat yg betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga. (ini kerana beliau tidak sekaya donald trump untuk menganjurkan interview seperti program realiti The Apprentice..)
    Setelah keempat-empat calon tersebut berada didepan beliau, CEO tadi pun berkata: "Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan yg berbeza, calon yg memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini. Soalannya adalah : Apakah perkara atau benda yg paling pantas sekali?" tanya CEO tersebut.
    Calon eksekutif pertama berkata: "FIKIRAN, kerana kadang ia datang sendiri tanpa kita sedari!!" "Bagus itu satu jawapan yg baik," kata CEO tadi. "Kamu pula?" tanya CEO kepada calon kedua.
    "KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip!" jawab calon kedua. "Ini satu jawapan yg angat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada menyebut DALAM SEKELIP MATA melambangkan kepantasan!" kata CEO itu. "Bagaimana kamu pula?" tanya CEO kepada calon ketiga. "Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan itu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah yg paling pantas!" jawab calon ketiga. "Ini jawapan terhebat setakat ni. Bagaimana dengan kamu?" CEO terus mengajukan soalan kepada calon keempat tatkala beliau berasa yakin calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yg sangat bagus sebentar tadi. "Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yg paling pantas sekali adalah CIRIT BIRIT!!" jawab calon keempat dengan yakin sekali. "Haaaa???? CIRIT BIRIT??? kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni??" balas CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi. "Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga ditengah malam dengan rasa sakit perut yang teramat sangat. Belum sempat saya FIKIR, KELIP MATA,atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah tersemburrrrr!!!!!"
    Akhirnya...... calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan tanpa sebarang bantahan!!


    hahaha.....
    teringat aq vdeo CIRIT or DIE?

    hehehe...
    agak2 mne pilihan nye?

    sendayanloneranger

    Re: Mari senyum2...

    Post by sendayanloneranger on Mon May 31, 2010 3:52 am

    hahahahahha..lawak btol cerita2 korang ni

    wan tuah

    Re: Mari senyum2...

    Post by wan tuah on Tue Jun 01, 2010 6:49 pm

    Ma rabbuka!!!!

    Suatu hari sedang menantu lelaki menonton televisyen, lalu bapak mentua nya didepan. Tiba-tiba bapak mentua rebah sambil memegang dada.. Apa lagi, kelam kabut lah si menantu... Isteri nya dan emak mentua nya pun dengan segera menerkam kearah bapa mentua sambil memegang dada bapa mentua... Bapa mentua tidak bergerak, senyap saja... Bertambahlah gabra semua yang melihatnya.. Emak menantu menyuruh menantu mengajar bapak mentua yang berada diatas ribanya itu mengucap..Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan... Emak mentua nya ulangi lagi suruh menantu nya mengajar mengucap..
    Dalam keadaan gabra itu, si menantu pun mendekatkan mulutnya ke telinga bapak mentua sambil berkata:
    "Ma rabbuka!!! Siapa tuhan kamu!!!" Kuat juga sebutan menantunya sehingga terkejut emak mentua mendengarnya... Tiba-tiba bapa mentua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..."

    alldisc

    Re: Mari senyum2...

    Post by alldisc on Wed Jun 09, 2010 12:09 pm

    Mujo atau mujur dalam bahasa standard bermakna beruntung atau bernasib baik. seperti dalam cerita di bawah...

    Kisah 3 orang makcik basuh baju sambil berkemban di trengganu tak baper lama lepas...

    Mok Long Selamoh: Guane doh adik mung Mek? (How is your brother Mek?)
    Mok Teh Som : Bakpe pulok adik dia? (What happened to her brother?)
    Mok Long Selamoh: Laaa! Mung dok tau ke Som? (You don't know Som?)
    Mok Teh Som : Dok tau setarang kita. (I don't know anything)
    Mok Long Selamoh: Adik Mek ni kena langgor lori kemareng. (Mek's brother
    was knocked down by a lorry yesterday)
    Mek Beso : Bukang lori Mok Long, beng ikang! (It wasn't a lorry Mok Long, it was a fish van)
    Mok Long Selamoh: Mujo bukang lori! (Lucky it wasn't a lorry)
    Mok Teh Som : Pah tu? Terok ke? (Then? Was he seriously injured?)
    Mek Beso : Kaki patah sebelah...... (One leg was broken)
    Mok Teh Som : Mujo dok patoh dua dua (Lucky both legs weren't broken)
    Mok Long Selamoh : Tu pong mujo dreba beng dang brek. (It was lucky that the van driver braked in time)
    Mek Beso : Mujo beng tu dok laju.. (Lucky the van wasn't going fast..)


    semua terdiam..
    -andainya dua2 kaki patah, mesti ada yang cakap..."Mujo dok pecoh
    pala"(Lucky the head wasn't broken).

    -andainya kepala pecah, mesti ada yang cakap "Mujo dok mati" (Lucky he didn't die).

    - andainya yang terburuk dah terjadi dan lelaki itu mati, ayat mujo akan ada jua.... "Mujo lah bukang adik kita"
    (Lucky it wasn't my brother).
    Mujo.

    kurt2812

    Re: Mari senyum2...

    Post by kurt2812 on Wed Jun 16, 2010 10:03 pm

    klo adik kita?? hahha!!!

    deen325

    Re: Mari senyum2...

    Post by deen325 on Thu Jul 15, 2010 11:40 am

    Salam...
    adus... senak perut saya bila bosan2 baca story kat trit ni...

    thanks.. kepada kippers yg post ceta yg menceriakan ni..
    hahahaha

    ishe

    Re: Mari senyum2...

    Post by ishe on Fri Jul 30, 2010 6:20 pm

    kurt2812 wrote:klo adik kita?? hahha!!!
    mujo bukang kite...hahahahaha..

    alldisc

    Re: Mari senyum2...

    Post by alldisc on Thu Aug 19, 2010 4:53 pm

    Sewaktu melawat rumah org2 tua,Ah Seng duduk disebelah seorg nenek.Sambil berbual,ah seng memkn kacang yg terdpt di dalam sebuah balang atas meja disebelahnya.setelah agak lama berbual,ah seng sambil mengunyah kacang tersebut,bertanya kpd nenek berkenaan.

    ah seng:nenek tak nak mkn ke kacang ni?sedap nek...

    nenekoo..nenek tak boleh mkn cu.nenek cuma makan coklatnya aja,kemudian kacangnya nenek masukkan dlm balang tu.maklumlah,gigi tak ada...

    alldisc

    Re: Mari senyum2...

    Post by alldisc on Thu Aug 19, 2010 5:08 pm

    3 Bangsa dan Jin

    --------------------------------------------------------------------------------

    Suatu petang, tiga orang lelaki berjalan-jalan ditepi pantai. Tiba-tiba mereka terjumpa satu teko antik dan mereka mengosoknya.Tiba-tiba keluarlah jin dan akan mengabulkan 3 permintaan. Oleh kerana mereka bertiga, maka jin hanya akan mengabulkan satu sahaja permintaan setiap seorang.


    Orang Iran berkata : "Saya adalah seorang petani biasa, begitu juga ayah dan anak saya. Oleh sebab itu, saya ingin minta supaya tanaman kami sentisa subur selamanya."

    Dalam sekejap mata, jin tersebut menunaikan permintaan orang pertam tersebut.


    Orang Israel : "Saya ingin kamu membina satu tembok yang sangat tinggi, tebal dan panjang di sekeliling Israel sehingga tidak ada sesuatu dan seseorangpun lebih-lebih lagi orang Palestin menembusinya."

    Dan dalam sekejap mata pula terbinalah tembok seperti yang diinginkannya.


    Maka yang terakhir adalah orang Palestin : "Saya ingin tahu, tembok yang macammana kamu bina untuk orang israel itu?"


    Jin :"Oh, itu tembok yang sangat tinggi, tebal dan panjang mengelilingi Israel. Tingginya 100 meter dan tebalnya 50 meter. Saya jamin, takkan ada sesuatupun dapat menumbusinya."

    Orang Palestin : "oooooo"

    Jin : "Jadi sekarang, apakah permintaanmu?"

    Dengan selamba Orang Palestine tersebut membuat permintaan :"Tolong isi air penuh kedalam tembok orang israel"

    alldisc

    Re: Mari senyum2...

    Post by alldisc on Thu Aug 19, 2010 5:08 pm

    Peguam Pun Kena Tipu

    --------------------------------------------------------------------------------

    Kejadian ini berlaku di dalam sebuah pernebangan Boeing 767 dari Los Angelas ke Malaysia. Kelihatan seorang gadis cantik molek sedang duduk bersebelahan dengan seorang peguam cerdik pandai. Otak peguam yang bergeliga itu terus bertanya gadis tersebut untuk bermain teka-teki. Gadis yang dalam keletihan & penat tidak berminat & dengan sopan santun ditolak permintaan peguam tersebut. Peguam berasa tidak puas hati & berasa direndah-rendahkan maka diajaknya gadis untuk menjawap teka-tekinya.

    Peguam berkata, "saya tanya satu Teka-teki, jika u dapat jawap I pay u RM500 but if u tak dapat jawap u only pay me RM5.00 !!! amacam?

    Maka gadis tersebut menerima cabaran peguam tanpa segan-silu.

    Peguam terus memulakan teka-teki yang pertama : "Berapa jauh jarak diantara Bumi dan bulan??"

    Gadis tersebut diam dengan selamba membuka dompetnya mengeluarkan wang RM5.00 menyerahkan kepada peguam tanda kalah.

    "Sekarang giliran u", cabar peguam! ..

    Maka gadis acuh tak acuh bertanya : "Apakah haiwan yang naik bukit dengan tiga kaki dan turun bukit dengan empat kaki"

    Peguam tersebut terus mengeluarkan komputer dari begnya dan terus mencari maklumat, tiada jawapan... Dia terus memasangkan Modem dan mencari dalam internet ..tiada jawapan .Dengan putus asa, peluang terakhir dia mengirim e-mail kepada setiap kawanya yang bekerja sebagai doktor, lawyer, scientice, arkitek, namun tiada yang dapat menolongnya.

    Setelah sejam bergelut untuk mendapatkan jawapan akhirnya peguam tersebut mengaku kalah dan mengejutkan gadis yang telah tertidur dan menyerahkan RM500.00 tanda kalah.

    Dengan perasaan ingin tahu, peguam bertanya apakah jawapan untuk teka-teki tadi?

    Dengan selamba, gadis itu membuka dompetnya dan mengeluarkan duit RM5.00 dan menyerahkan kepada peguam tersebut dan menjawap : "Tidak Tahu"

    alldisc

    Re: Mari senyum2...

    Post by alldisc on Thu Aug 19, 2010 5:10 pm

    Berita Baik dan Buruk

    --------------------------------------------------------------------------------

    Seorang lelaki tua telah pergi ke klinik untuk membuat ujian kesihatan. Setelah doktor peribadi beliau membuat pemeriksaan kesihatan secara terperinci, doktor tersebut mula berbincang dengan lelaki tua tersebut.

    Doktor: Pakcik saya ada berita yang kurang menyenangkan dan berita gembira untuk disampaikan.

    Pesakit: Baiklah....beritahu saya berita yang tak baik dulu.

    Doktor: Pakcik telah menghadapi penyakit kanser yang kronik. Mungkin pakcik cuma ada masa 2 tahun untuk hidup.

    Pesakit: Apa!!!!!....saya cuma ada masa 2 tahun untuk hidup!!!!!!! Ok...apa pulak berita gembira nya....

    Doktor: Pakcik juga ada penyakit Alzheimer. Jadinya pakcik tak akan ingat apa-apa yang telah saya terangkan tadi.

    alldisc

    Re: Mari senyum2...

    Post by alldisc on Thu Aug 19, 2010 5:16 pm

    soalan bodoh tapi jawapan bijak


    antara sepasang kekasih
    Perempuan : Katakan awak cinta saya.. Katakan awak cinta saya..

    Lelaki : Awak cinta saya..


    kekasih yang sama
    Perempuan : Sayang,saya nak kita menari macam ni sampai bila2..

    Lelaki : Tak nak improved ke?


    kekasih lain pulak
    Lelaki : Saya sayang awak.. Saya sanggup mati disebabkan awak..

    Perempuan : Bila tu??


    pasangan kekasih yang memula
    Lelaki : Untuk awak,saya sanggup pergi ke hujung dunia..

    Perempuan : ya.. tapi kenapa awak ada kat sini lagi??


    sama juga
    Lelaki : Awak mengingatkan saya tentang laut..

    Perempuan : Kenapa? sebab saya liar,romantik dan menghairahkan..

    Lelaki : Tak.. Sebab awak buat saya loya..


    kat kopitiau
    Pelayan : Encik nak black coffee ??

    Pelanggan : Kopi hitam, warna lain ada tak?

    alldisc - senario terbalik
    alldisc : mamak, kasik saya air suam satu.
    mamak : ok
    alldisc : mamak, itu air suam taruk gula sket, lepas tu taruk ais. erm.. tambah serbuk teh sket.
    mamak : dey tambi, awak tarak tahu cakap teh 'o' ais kaa??


    bukan anak alldisc
    Cikgu : Boleh tak kamu bagi contoh sesuatu yang berlaku secara kebetulan??

    Murid : Mak dan ayah saya kahwin pada hari yang sama dan pada masa yang sama..

    zalie78

    Re: Mari senyum2...

    Post by zalie78 on Thu Aug 19, 2010 5:23 pm

    hahahahaha lawak petang...tq bro alldisc

    paeach

    Re: Mari senyum2...

    Post by paeach on Tue Aug 31, 2010 5:22 pm

    sempena bulan pose ni den nk post lawak yang bertajuk "Tak Pose" .

    Suatu hari di bulan puasa… Jam telah menunjukkan 1 tengah hari. Kaki2 tak berpuasa mula mengerumuni kedai Pak Dol yg terkenal dengan pekak badak. Memang sudah menjadi rutin tahunan kedainya memang tak menang tangan bila menjelang bulan puasa. Pinggan yg belum basuh mula menimbun di sinki dan sesudah melayan pelaggan untuk mengambil nasi Pak Dol pon mula ke sinki untuk membasuh pinggan.

    Tiba2 kedainya diserbu oleh Majlis Agama dan terus mengarahkan semua pelanggan ke satu sudut sambil memegang pinggan makan masing2. Pak Dol yang masih khusyuk membasuh pinggan tidak perasan yang gerainya sedang diserbu.

    Kemudian ketua Majlis Agama yang berserban menepuk bahu Pak Dol sambil berkata “Minta I/C’.
    Pak Dol pun cepat2 membersih tangannya dan ke terus meja lauk mengambil pinggan dan terus mengisi nasi. Dalam tersengih2 dia pun berkata “ai.. Pak Haji pon tak pose ke?..
    Pak Haji yang masih dalam keadaan bingung tersentak.”Aku bukan nak nasi… aku nak I/C” pekiknya..
    Serentak dengan tu pelanggan yang mulanya cuak ditangkap ketawa terkekeh2 melihat gelagat Pak Dol..
    Note : Dipetik dari kisah benar…hehehe

    -den copy dari internet-

    MBN 2254

    Re: Mari senyum2...

    Post by MBN 2254 on Mon Sep 06, 2010 1:19 pm

    MISTERI TELEFON RUMAH TUAN SYED MAHMUD

    Telefon pertama
    Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
    Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

    Telefon ke -2
    Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
    Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

    Telefon ke -3
    Penelefon (X) : Helloooo….
    Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
    Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
    Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
    Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
    Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

    Telefon ke -4
    Penelefon (X) : Helloooo…..
    Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
    Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
    Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
    Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
    Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

    Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

    Telefon ke -5
    Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
    Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
    Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
    Bibik (Y) : Iya betul….
    Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
    Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)

    MBN 2254

    Re: Mari senyum2...

    Post by MBN 2254 on Mon Sep 06, 2010 1:23 pm

    SAMA-SAMA

    Seorang pesakit yang akan dibedah terbaring di katil bilik bedah dengan muka yang pucat. Seorang doktor bedah muda masuk sambil menyapa pesakit tersebut dengan ramah.

    "Awak kelihatan takut sekali, jangan bimbang, semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar, jadi tabahkan hati mu..."

    "Bagaimana tidak takut doktor, seumur hidup, inilah kali pertama saya dibedah."

    "Sama-sama, saya juga kali pertama buat pembedahan, saya sama sekali tidak merasa takut..."

    alldisc

    Re: Mari senyum2...

    Post by alldisc on Sun Sep 19, 2010 8:30 pm

    Alkisah ada seorang perempuan bisu yang sudahpun berkahwin, pada suatu hari, dia telah ke supermarket untuk membeli daging, tetapi disebabkan dia bisu, dia mempunyai kesusahan untuk berkomunikasi dengan para pekerja di sana.

    Disebabkan begitu, dia membuat keputusan untuk memanggil kashier masuk dalam bilik.
    Pada hari yang pertama, dia nak beli dada ayam. Dia pun panggil kashier tu masuk dalam bilik sulit, pompuan tu bukak baju dia, tunjuk kat dada dia, pastu buat aksi ayam. Kashier tu pun paham, then dia pun kasi dada ayam kat dier.

    Next day, dia nak beli paha ayam. Dia pun panggil kashier masuk bilik, dia angkat skirt dia, tunjuk kat paha dia, pastu buat aksi ayam. Kashier tu pun paham, kasi dia paha ayam.

    The next day lagi, dia nak beli hot-dog. Dia pun bawak suami dia.

    Soalannya ialah:

    Apakah isteri tu akan buat?


    Fikirlah....


    Fikir.......

    Tak tau?


    Dia suruh suami dia cakapla sebab....suami dia tak bisu..
    Apa yang korang fikirkan ha?

    ----------
    MORAL: Tidak semua persoalan boleh diselesaikan dengan cara yang serupa

    alldisc

    Re: Mari senyum2...

    Post by alldisc on Sun Sep 19, 2010 8:33 pm



    Suatu hari,salmah ponteng sekolah.Dia menelefon guru kelasnya dan menyamar sebagai ibunya... .

    Berikut adalah perbualan antara Salmah dengan guru kelasnya:-

    Salmah: Hello,adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6 hijau?

    Cikgu: Ya, saya.

    Salmah: Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.

    Cikgu: Ok..ok... , er... .boleh saya tahu siapa yang sedang bercakap?

    Salmah: Emak saya... ... ... ... ... .

    Cikgu: ... ... ... ... ... ... ..?

    Sponsored content

    Re: Mari senyum2...

    Post by Sponsored content Today at 7:06 am


      Current date/time is Sat Dec 10, 2016 7:06 am