Kawasaki Kips Owners

FORUM FOR ALL GENERATION OF KAWASAKI KIPS


    Mari senyum2...

    Share

    alldisc

    Re: Mari senyum2...

    Post by alldisc on Sun Sep 19, 2010 8:35 pm

    Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar..

    Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok (jangan tak gosok), keluarlah seorang jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua2 menatang itu.

    Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya... hehe. Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson

    Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam

    Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei

    Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang2 mat motornya tu.. Lepas tu jin tu kata " Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik2"

    Badak tu pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya". Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu2nya badak jantan satu Malaya nihh..

    "Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin.

    Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebarr tu, "Saya mau badak tu jadi GAY"

    Jin tu pun kelipkan mata, bling... .

    Maka meraunglah badak sumbu tu. sepuas2nya.. "Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah"

    alldisc

    Re: Mari senyum2...

    Post by alldisc on Sun Sep 19, 2010 8:36 pm



    Omar dan Bakar ialah dua sahabat yang kuat ketagih ganja,
    Sabtu lalu telah ditangkap dan dimasukkkan dua malam ke dalam Jel, akhirnya
    hari Isnin mereka dibawa ke mahkamah.
    Hakim melihat dua anak muda harapan bangsa yang hanyut dalam pergaulan.
    "Kamu masih muda sudah menagih ganja... besar nanti nak jadi apa?" tanya Hakim sinis.
    "Maafkan kami... kami cuma ikut kawan2 saja..." kata si Omar.
    "Iya yang Ariff... kami janji tak kan buat lagi..." tambah Bakar.
    Hakim tersentuh bila membayangkan anaknya yang seusia mereka.
    Setelah berpikir sejenak, Hakim lalu mengambil keputusan.
    "Baiklah... kali ini saya lepaskan kamu... tapi dengan satu syarat... kamu dikehendaki
    memujuk teman² yang sama menagih supaya berhenti dalam masa seminggu ini...
    Isnin depan kamu mesti kemari untuk beri laporan."
    Seminggu kemudian...
    "Omar... bagaimana dengan hasil kerja Anda...?"
    "Lapor Yang Arif... seminggu ini saya berhasil memujuk teman² saya sebanyak 17 orang...
    untuk berhenti menagih ganja..."
    "17 orang???" tanya Hakim... "Bagus, hebat... bagaimana caranya??"
    "Begini Yang Arif... saya buat dua bulatan... satu besar dan satu kecil...;
    Lalu saya jelaskan bulatan yang besar itu adalah otak sebelum mereka menagih...
    sedang yang kecil itu otak setelah mereka menagih..."
    "Bagus... bagus..." kata Hakim senang... "jadi Saudara Bakar...?"
    "Saya berjaya memujuk 156 teman saya yang arif..."
    "156???" tanya Hakim terperanjat... "Bagaimana caranya ???"

    "Sama... Yang Arif... saya juga lukis dua bulatan.. satu besar... satu lagi kecil..."
    "lagi...?" tanya Hakim...
    "Saya cakap... yang kecil ini lubang punggung sebelum masuk Jel...
    dan yang besar selepas masuk Jel...."

    alldisc

    Re: Mari senyum2...

    Post by alldisc on Sun Sep 19, 2010 8:38 pm

    Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya,

    "Anak nak ke mana?".

    Si mamat menjawab ringkas, "KL"

    Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan dijawab oleh si mamat tadi "Ehm... bolehlah." Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya.

    Dalam hati si mamat berkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau???" Beliau meneruskan perjalanannya.

    Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?"

    Si mamat tersentak dan berkata dalam hati, "Nak buat lawak lah orang tua ni. Nak bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor agaknya. Atau nak menguji aku?"
    Si mamat pun jawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup. Kalau kaya nanti lupa diri pulak"

    Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si... mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.

    Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?"

    Si mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana".

    Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, "Tu, pakcik ada tinggalkan satu tin kaya Pandan cap Gardenia untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik.

    "Terima kasih, ya nak." lalu orang tua tu turun dari kereta.

    Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab.... .

    "Terima kasihlah pakcik" lalu meneruskan perjalanan.. ...


    Last edited by alldisc on Sun Sep 19, 2010 8:54 pm; edited 1 time in total

    alldisc

    Re: Mari senyum2...

    Post by alldisc on Sun Sep 19, 2010 8:46 pm



    Dalam satu pertandingan senjata tajam dunia, tiga orang peserta berjaya ke
    peringkat akhir. Jaguh pedang dari Sepanyol, samurai Jepun dan pendekar
    silat dari Malaysia. Di peringkat akhir, semua peserta di kehendaki
    menunjukkan kemampuan membunuh seekor lalat dengan menggunakan sebilah
    pedang.

    Kotak lalat dibuka, seekor lalat terbang dengan lincahnya, sang jaguh pedang
    dari Sepanyol menghunuskan senjata dan mengibasnya dengan pantas. Tubuh
    lalat itu terpotong dua. Penonton bersorak mengkaguminya. Giliran samurai
    Jepun menghunuskan senjatanya. Kepantasan samurai Jepun memang tiada
    tandingan, dengan secepat kilat tubuh lalat kedua terbahagi tiga. Penonton
    berdiri bertepuk tangan memuji sang samurai.

    Kini giliran pendekar silat dari Malaysia. Segera ia menghunus pedangnya,
    mengibas ke kiri dan kekanan. Lalat ketiga masih terbang di udara, tetapi
    'penerbangan'nya agak berbeza. Juri dan penonton yang semenjak tadi menahan
    nafas terpaku dan kehairannan melihatkan lalat tersebut masih utuh dan
    terbang.
    Melihat reaksi demikian, sang pendekar segera berkata, "Tuan-tuan jangan
    salah sangka, lalat tu baru saja saya sunatkan".

    alldisc

    Re: Mari senyum2...

    Post by alldisc on Sun Sep 19, 2010 8:55 pm



    Ajoi: Doktor, saya ada masalah besar. Setiap kali hendak tidur, saya mesti rasa macam ada orang di bawah katil. Sebaliknya bila saya tidur di bawah katil, saya rasa ada orang di atas. Saya rasa macam nak gila!
    Doktor: Jgn bimbang. Bagi saya masa dua tahun, masalah awak akan selesai. Datang jumpa saya tiga kali seminggu.
    Ajoi: Berapa bayarannya utk sekali pertemuan?
    Doktor: Tak mahal..hanya RM 100 sahaja.
    Enam bulan kemudian, doktor bertemu Malek sedang membeli-belah.

    Doktor: Kenapa tak datang jumpa saya?
    Ajoi: Masalah dah selesai. Penjaga kedai seberang jalan tu ubatkan saya.
    Doktor: Ya..bagaimana?
    Ajoi: Dia suruh saya potong kaki katil... .

    alldisc

    Re: Mari senyum2...

    Post by alldisc on Mon Oct 11, 2010 12:18 am


    alldisc

    Re: Mari senyum2...

    Post by alldisc on Mon Oct 11, 2010 12:37 am



    siapa kata nokia 3310 handphone cabuk? ada option utk kamera dan upgrade memory kad lagi.


    Last edited by alldisc on Mon Oct 11, 2010 2:07 pm; edited 1 time in total

    alldisc

    Re: Mari senyum2...

    Post by alldisc on Mon Oct 11, 2010 12:38 am



    beriya-iya pembaca berita tu "polis sedang mencari saspek dgn lakaran yang ditunjukkan"...

    kick_ingoal

    Re: Mari senyum2...

    Post by kick_ingoal on Mon Oct 25, 2010 12:05 am

    Assalamualaikum...

    Wahai sahabat² seagama denganku…

    Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini....

    3 Minit je, tak lama pun..



    Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..

    Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

    Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....



    Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...

    tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..

    tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...

    lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

    "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

    Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....

    daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...



    Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

    "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....

    Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

    Macammana..

    adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...



    "Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "



    "Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...

    kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..

    dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..

    amat lemah..

    baru kena ugut terus lari lintang pukang..

    lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."



    "Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..

    tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..

    bile time sembahyang raya..."



    "Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"



    "Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"



    "Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai..

    tak cukup masa..



    Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???

    Kenapa?

    gelak tu kan realiti..



    tapi yg paling lawak sekali..

    berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...

    berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca?

    berapa banyak????

    **p/s:lawak sambil berdakwah..saya copy dari fb Laughing

    alldisc

    Re: Mari senyum2...

    Post by alldisc on Mon Oct 25, 2010 7:33 pm

    Aku ada terbaca mengenai hukum mengular (ponteng semasa bertugas) adalah berdosa dan gajinya haram. Untuk meminta halal wang tersebut perlu meminta kepada majikan dan shareholder syarikat kita. Kalau kerja kerajaan pula kena minta halal dengan rakyat Malaysia. Peh 27 juta orang tu. Sebab tu Ustaz tu kata biar makan **** dari gaji dari mengular semasa bertugas kerana kalau makan gaji minta ampun dengan Allah SWT sahaja tapi kalau nak minta maaf dengan orang ni memang susah.

    So bekerjalah kerana Allah, mulakan kerja dengan ucapan Bismillah, kalau nak tekan switch komputer tu baca Bismillah. Jangan main facebook dan berforum semasa waktu bekerja.

    ---------------------------------------------------------------------------------------------------

    Ok seterusnya aku nak bercerita pasal kawan-kawan Ajoi yang cari gaji halal. Kalau dah nama Ajoi di isu senyum2 ni, boleh agakkan semestinya cerita lawak la kan..

    Seorang juruteknik Majlis Daerah di daerah ‘tooot’ sedang turun site untuk menyelia para kontraktor lanskap sedang bekerja. Dia lihat dua orang pekerja yang sedang bekerja tapi kelakuan mereka pelik.

    Seorang menggali tanah membuat lubang, apabila dah siap satu lubang yang sorang lagi menimbus balik lubang yang baru digali tadi dengan tanah.

    Setelah 2-3 lubang diaorang buat benda yang sama, si penyelia ni bertanya kenapa diaorang buat kerja tak berfaedah tersebut.

    Begini jawapan salah seorang dari mereka yang bernama Suparman..

    Kami selalu bertiga membuat kerja tanam pokok ni, saya , Ajoi dan Sumardi. Saya gali lubang, Ajoi letak pokok dan Sumardi menimbusnya. Hari ni Ajoi cuti sakit pasal cirit-birit.

    Daripada kami melepak mengular, baik kami buat kerja kami . Cari gaji halal Pak..

    MBN 2254

    Re: Mari senyum2...

    Post by MBN 2254 on Fri Dec 03, 2010 3:27 pm

    MISION: BERGERES ride to SEREMBAN with NSR CHERAS...

    TIME: TONIGHT...

    CONTACT PERSON : WENG2 (ZX660)... & MR BEAN (KACANG)

    TERMS & CONDITION : WILLING TO ACCELERATE ON HIGHWAY

    WANTED: SPEED ABOVE 200KM/H Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil cyclops

    alldisc

    Re: Mari senyum2...

    Post by alldisc on Mon Dec 13, 2010 1:36 pm

    Jangan Kentut Depan Gay!

    --------------------------------------------------------------------------------

    Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan
    mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyamar
    sebagai gay. Wartawan itu dengan senang hati menggayakan pakaian dan cara
    seorang gay. Setelah seminggu mempelajari tingkahlaku dan gaya seorang gay,
    akhirnya pada malam minggu itu wartawan itu masuk ke kelab gay tersebut.


    Wartawan itu dipasang dengan microphone n camera bersaiz kecil bagi merakam
    segala aksi dan aktiviti di kelab gay tersebut. Setelah masuk wartawan itu
    terus menuju ke bar utama dan memesan segelas bir. Dia hanya duduk sambil
    memerhatikan gelagat-gelagat gay di kelab tersebut. Ada yang menari dan ada
    yang duduk sambil berpeluk-pelukan sesama lelaki. Wartawan itu merasa geli
    geleman melihat tingkahlaku mereka.


    "Hai...sorang ke bro", tiba-tiba wartawan itu di sapa.


    "A'ah, saya tunggu kawan saya. Tak sampai-sampai lagi ni", kata wartawan
    itu separuh menjerit kerana kebingitan muzik di kelab itu.


    Tiba-tiba wartawan itu berasa sakit perut. Rasa seperti ingin kentut
    sahaja.


    "Muzik tengah kuat ni bolehlah aku kentut ni", bisik hati wartawan itu.


    Wartawan itu pun melepaskan kentutnya. Satu demi satu. Berturut-turutan.
    Tiba-tiba muzik rancak itu berhenti kerana DJ nya ingin menukar ke lagu
    perlahan. Sementara proses pertukaran lagu itu kentut wartawan itu telah di
    dengari oleh gay-gay yg berhampiran dengan wartawan itu.


    "Eh eh... ada dara lagi la kat sini", ujar salah seorang gay di situ sambil
    memandang wartawan itu.


    "A'ah lah... kat depan kita ada dara", ujar yang lain pula.


    Semua gay di situ telah pergi mendapatkan wartawan itu. Semua wajah mereka
    menunjukkan keghairahan nafsu yang ketara.


    "Saya bukan dara lagi la", ujar wartawan itu.


    "Kalau dah tak dara kenapa kentut. Kuat lak tu. Sempit tuu...", ujar salah
    seorang gay itu.


    Tergamam wartawan itu. Akhirnya dirinya di noda secara bergilir-gilir oleh
    pengunjung kelab gay itu. Menangis teresak-esak wartawan itu. Akhirnya
    nikmat kentut sudah tidak akan dapat dirasai lagi sepanjang hidupnya.
    Moral kepada lelaki : Jangan berkentut dihadapan GAY. AWAS!!

    FaDziL

    Re: Mari senyum2...

    Post by FaDziL on Wed Dec 15, 2010 11:03 pm

    sebuah van teksi mnerima sekumpulan penumpang, sumenye pompan
    semasa dlm perjalanan, ttiba ade bunyi BRUTTTTTTT antara pnumpang2
    xlama kmudia lahirlah bau yg kurang mnyenangkan
    si pemandu tertanya2 wanita mana yg kurang snonoh tersebut
    nk ditanya, takut aibkan pompan itu
    lalu si pemandu pon teroskan pemanduan sambil terngiang2 bunyi dan bau td dlm fkirannya
    pabila tiba di destinasi penumpang2 trsebut, mereka semua pon bayar duit tmbang dan turun dr van
    maka pemandu td pon lantas bertanya
    "yang kentut tadi tu, dah bayar belum??"
    "sy dh byr bang.." kata salah sorang penumpang td


    MBN 2254

    Re: Mari senyum2...

    Post by MBN 2254 on Thu Dec 16, 2010 11:01 am

    Seorang wanita tua pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Doktor bertanyakan kepada wanita tersebut apa masalahnya.

    Wanita tua menjawab dia menghadapi masalah kentut yang tidak berbunyi dan tidak berbau, sedangkan dia telah kentut sehingga sepuluh kali banyaknya ketika berada di pejabat. Memandangkan kentutnya tidak berbunyi dan berbau dia langsung tidak menyedari ianya berlaku. Doktor mendengar dengan teliti dan memberi wanita tua tersebut senarai beberapa jenis pil yang perlu di ambil. Doktor mengarahkan wanita tua itu mengambil pil-pil tersebut selama seminggu dan selepas itu datang berjumpa dengannya semula.

    Selepas seminggu wanita tua itu datang semula ke klinik untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada doktor.

    "Saya tak tau apa yang doktor berikan kepada saya, tapi bau udara di sekitar saya sangat busuk, tak dengar bunyi apa-apa pun tapi busuknya sangat dahsyat", kata wanita itu.

    "Bagus, sekarang deria bau awak dah pulih, kita akan usaha untuk pulihkan deria pendengaran awak pula", kata doktor.

    MBN 2254

    Re: Mari senyum2...

    Post by MBN 2254 on Thu Dec 16, 2010 11:04 am

    Rahsia Kentut ~ Just For Fun!


    1. Orang TIDAK JUJUR

    Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

    2. Orang BINGUNG

    Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.

    3. Orang BERWAWASAN 2020

    Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

    4. Orang SENGSARA

    Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

    5. Orang MISTERIUS

    Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

    6. Orang GUGUP

    Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.

    7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI

    Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang

    8. Orang SADIS

    Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus
    dikibaskan baunya.

    9. Orang PEMALU

    Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.’

    10. Orang yang STRATEGIK

    Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.

    11. Orang BODOH

    Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.

    12. Orang PELIK

    Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh

    13. Orang SOMBONG

    Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

    14. Orang RAMAH

    Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

    15. Orang yang tidak senang BERGAUL

    Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.

    16. Orang AKUATIK

    Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air

    17. Orang ATLETIK

    Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

    18. Orang JUJUR

    Orang yang mengaku kalau habis kentut

    19. Orang PINTAR

    Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.

    20. Orang KELAKAR

    Orang yang bila ketawa sambil kentut

    21. Orang yang ROMANTIK

    Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating

    22. Orang yang TIDAK SIHAT

    Orang yang bila batuk dia akan terkentut

    23. Orang yang PANAS BARAN

    Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri

    24. Orang yang PELUPA

    Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia
    sendiri yang kentut

    ~ This is for fun only!

    alldisc

    Re: Mari senyum2...

    Post by alldisc on Fri Dec 17, 2010 10:21 am

    mamba,

    kalau orang yang rasa nak kentut, tapi terberak sekali... tu kategori apa ye?

    fadzil, aku suka lawak kau tu.. saya dah bayar bang. wakakakkaka..

    abis la, ruangan lawak ni jadi sembang kentut.

    FaDziL

    Re: Mari senyum2...

    Post by FaDziL on Fri Dec 17, 2010 11:15 am

    alldisc wrote:mamba,

    kalau orang yang rasa nak kentut, tapi terberak sekali... tu kategori apa ye?

    fadzil, aku suka lawak kau tu.. saya dah bayar bang. wakakakkaka..

    abis la, ruangan lawak ni jadi sembang kentut.

    tu sy ambk dr kisah benar Very Happy

    paeach

    Re: Mari senyum2...

    Post by paeach on Fri Dec 17, 2010 11:27 am

    wakakaka..
    korang ni cerita semua pasal kentut..ahahaha..
    Laughing Laughing

    lol!

    linda9teen

    Re: Mari senyum2...

    Post by linda9teen on Tue Dec 28, 2010 4:06 pm

    tak senonoh la abg2 ni semua Smile

    asrolsani

    Re: Mari senyum2...

    Post by asrolsani on Wed Dec 29, 2010 11:07 pm

    aik??
    linda9teen timbul kembali?

    alldisc

    Cerita Seram di Bukit Putus

    Post by alldisc on Tue Feb 15, 2011 2:35 pm

    Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Sekitar lewat 90an. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.


    Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…


    ” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…


    Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…


    Dia pun beranikan diri dan bertanya…


    ”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
    ”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
    ” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
    ”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
    tanya lelaki tu lagi.
    ”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
    ” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
    ” Ehh takkan sampai seram… ”

    “Pakai aje le Breeze colour baru!!!”

    Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya.

    alldisc

    Kisah YB dan Blackberry

    Post by alldisc on Tue Feb 15, 2011 2:37 pm

    Suatu hari, sedang YB ini sedang berehat, Blackberrynya berdenyit-denyit. Satu BBS masuk. YB menekan punat-punat Blackberrynya. YB itu membaca mesej yang tertulis :


    "Saya pernah tidur bersama-sama YB. Supaya saya tidak membocorkan rahsia ini, YB harus masukkan wang ke dalam akaun saya. Kalau tidak, akan heboh satu negara. YB akan hilang jawatan. YB akan malu"


    YB menyandar ke kerusi empuknya.
    "Habis aku, kali ini!" dia merungut sendirian. Dia mula membayangkan isterinya yang punya jambul seperti ayam belanda dan berbadan bulat seperti tong gas. Dia membayangkan bagaimana isterinya yang montel itu akan mengamuk. Dia juga membayangkan akan head line akhbar-akhbar tempatan seperti ini :


    Seorang YB yang tak sedar diri didapati selalu bermukah dengan perempuan murahan.


    YB cuba membuat agakan akan siapa perempuan yang telah mengugutnya itu. Tapi YB tidak menemui jawapannya. Mungkin kerana terlalu ramai perempuan yang pernah dilimpahkan spermanya sehinggakan dia sendiri tidak mampu untuk mengingati semua perempuan tersebut.


    Akhirnya, YB mengalah. Dia memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun perempuan tersebut. Bagi YB wang tidak ada masalah baginya. Hasil rasuah 14 tahun lepas yang dibuatnya pun belum habis lagi. Belum masuk lagi dengan duit-duit rasuah yang baru dan akan masuk. Bagi YB, jawatannya sebagai YB mesti dipertahankan. Kalau jawatannya sebagai YB terbang, dia akan hilang segala-galanya.


    Dua minggu kemudian:
    Sekali lagi perempuan itu menghantar mesej yang sama. Masih lagi menagih wang daripada YB. masih lagi menggunakan modal ugutan yang sama: Saya pernah tidur bersama-sama YB.


    YB tidak banyak pilihan. Sekali lagi dia memasukkan wang ke dalam akauan perempuan tersebut.


    Untuk dua minggu selepas itu, YB sudah tidak mendengar apa-apa lagi berita daripada perempuan tersebut. Sehinggalah pada suatu pagi, perempuan itu menghantar satu SMS meminta supaya dimasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya. Masih lagi menggunakan modal yang sama : Saya pernah tidur bersama-sama YB.


    Melalui nombor telefon SMS yang dihantar itu, YB cuba mencari siapakah gerangan perempuan tersebut.


    "Siapa sebenarnya kamu ni?" tanya YB.
    "Takkan YB tak ingat." balas perempuan tersebut. Kemudian dia sambung lagi, "Mesti banyak perempuan yang telah ditiduri YB sampaikan YB sendiri konpius"
    "Sekurang-kurangnya, bagi tau la siapa nama kamu. Di mana kita pernah tidur sama-sama," YB seperti merayu.
    "Saya boleh memberitahunya. Tapi selepas YB memasukkan dulu duit saya itu," balas perempuan itu. Manja bunyinya, sangat menggoda.
    "OK," kata YB ringkas.


    Selepas memasukkan wang yang diminta, YB menelefon semula perempuan tersebut. YB bertanya "Siapa nama kamu? Di mana saya pernah tidur dengan kamu?"
    "Nama saya Mimie," balas perempuan itu.
    "Mimie? Mimie yang mana satu?" tanya YB
    "Alaaa...saya pun satu parti juga dengan YB," balas Mimie.
    Kemudia Mimie sambung, "Saya pernah tidur sama-sama dengan YB dalam dewan."
    "Dalam dewan???" YB kekagetan. Seingat YB, dia tak pernah tidur dengan perempuan dalam mana-mana dewan.
    "Dewan Merdeka, PWTC. Masa tu perhimpunan Agung UMNO. Masa Najib buat ucapan, saya tidur. YB pun tidur. Kita sama-sama tidur sebab ucapan Najib tu sangatlah memboringkan," kata Mimie.


    "Kita sama-sama tidur," bisik YB.
    "Hampeh, aku tertipu..." kata YB pelan-pelan dalam hati.

    alldisc

    Leman dan Pelacur

    Post by alldisc on Tue Feb 15, 2011 2:42 pm

    Leman sudah berusia hampir 35 tahun tetapi masih belum berkahwin. bukannya tak hensem tetapi dia tidak tahu macam mana nak mengorat awek. Atas alasan itu, dia mengambil keputusan untuk membujang sahaja.
    malam, dia teringin untuk melakukan hubungan seks. Satu perkara yang tidak pernah dilakukan sepanjang hidupnya. Jadi, dia telah ke pekan untuk mencari seorang pelacur. Setelah berjumpa, Leman membawa pelacur itu balik ke rumahnya.... Apabila Leman handak memulakannya, tiba-tiba pelacur itu menolak Leman...

    Leman: Kenapa?
    Pelacur: Awak perlu memakai Kondom dahulu...
    Leman: Kondom tu hapa?
    Pelacur: Nah.. ambil ni dan sarungkan pada awak punya tuuu.. Kalau awak tak
    pakai kondom, saya akan mengandung....
    Leman: Oooo...

    Lima tahun berlalu... Kisah tersebut masih dalam ingatan Leman. Tetapi masih
    ada perkara yang masih diragukan... Lalu Leman mencapai telefon dan mendail
    nombor hanphone pelacur itu.

    Leman: Hello... Saya Leman, Ingat Lagi? Lima Tahun dulu saya ada booking
    awak....
    Pelacur: Ye.. Ye.. Ingat... Kenapa?
    Leman: Saya nak tanya sikit, bila boleh saya tanggalkan kondom ni?

    alldisc

    Kisah Burung

    Post by alldisc on Tue Feb 15, 2011 2:50 pm

    Sumardi ke kedai haiwan peliharaan Ajoi melihat-lihat burung yang dijual.

    Sumardi: Joi, burung yang pandai menyanyi tu kau jual berapa?

    Ajoi : RM100 jer, burung tekukur ni bunyinya merdu bai…

    Sumardi: Emm mahal juga yerk..burung yang diam jer tu?

    Ajoi: RM200..!


    Sumardi: La.. apasal yang diam lagi mahal bro?

    Ajoi: Burung ni diam jer pasal dia pencipta lagu burung yang menyanyi tu! Tu dia tengah mencipta lirik lagu baru tu..

    Sumardi: ##$%^!

    alldisc

    orang tua beristeri sexy...

    Post by alldisc on Tue Feb 15, 2011 2:53 pm

    Ada seorang orang tua yang berumur 70 ++ duduk di tepi jalan sambil menangis. Kemudian seorang polis mendekatinya dan bertanya,

    “Kenapa pak cik menangis ?” tanya polis itu.

    Sambil menangis orang tua itu menjawab..

    “Saya ada seorang isteri yang cantik sekali berumur 25 tahun, berambut perang, seksi, sangat mencintai saya, dan sekarang sedang menantikan saya di rumah.”

    Polis tu kembali bertanya
    “So apa masalahnya? kenapa pak cik bersedih??”


    Dengan menangis semakin kuat orang tua itu menjawab:

    “SAYA LUPA DI MANA RUMAH SAYA!!!! “

    Sponsored content

    Re: Mari senyum2...

    Post by Sponsored content Today at 7:05 am


      Current date/time is Sat Dec 10, 2016 7:05 am