Kawasaki Kips Owners

FORUM FOR ALL GENERATION OF KAWASAKI KIPS


    Mari senyum2...

    Share

    khyan6920

    Re: Mari senyum2...

    Post by khyan6920 on Thu Jan 07, 2010 11:30 am

    Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun
    cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang
    yang mempersoalkan tentang telinga.
    Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga
    orang disenaraipendek untuk sesi temuduga. Calon
    pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Diakhir
    temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.


    "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
    "Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada
    telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur. Merasa terhina dengan
    jawapan itu, Johan mengusirnya
    keluar dari pejabat. Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman
    bekerja di bank
    hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama
    tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada
    calon pertama.
    "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
    "Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan
    tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu. Sebaik mendengar jawapan
    dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir
    adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia
    telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan
    bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.
    "Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
    "Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari
    tergelak. Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia
    hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact
    lens walaupun mereka duduk agak jauh.
    "Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi. Pemuda itu tidak dapat lagi menahan
    gelihatinya lalu ketawa besar hingga
    jatuh terguling-guling sambil berkata," Dah tentu tuan tak boleh pakai
    cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana". Huargh!
    Huargh! Huargh! Huargh!" lol!

    bobo

    Re: Mari senyum2...

    Post by bobo on Tue Jan 12, 2010 9:51 am

    Kisah Buang Bayi
    Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.

    Pak Abu: Majid, ko tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup juai anaknya.
    Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.
    Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid...?
    Pak Majid:Hmmmmmmm... Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya...
    Pak Abu: Ko ni apasal Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
    Pak Majid: Hmmmm....Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..
    Pak Abu: Hah??? ko biar betul Majid!
    Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu....Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!
    Pak Abu: HEHEHEHEHE.... Suspect

    bobo

    Re: Mari senyum2...

    Post by bobo on Tue Jan 12, 2010 9:57 am

    Nasihat memilih calon isteri

    Ada tiga nasihat dari datuk saya mengenai cara memilih calon isteri:

    1. Jangan mencari isteri seorang peniaga, kerana bimbang kebiasaan peniagaannya akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, nanti dia akan selalu cakap "Mahu yang macam ini tak mahu yang macam tu!"

    2. Jangan mencari isteri seorang jururawat, kerana bimbang kebiasaan di hospital akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, nanti dia akan banyak mengatur dan selalu cakap "Awas jangan banyak gerak, jangan turun dulu !"

    3. Tapi carilah isteri seorang cikgu tadika, kebiasaan di sekolahnya akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, paling tidak dia akan cakap "Awas hati-hati, depan luruskan, bagus, ulangi lagi, pandai...!"

    bobo

    Re: Mari senyum2...

    Post by bobo on Tue Jan 12, 2010 10:01 am

    Menyamar

    Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan... pemain-pemain bolasepak Kg.alorpongsu dirundung rasa malu yang amat sangat.

    Kerana itu bro riz dan bro atan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang.

    Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan ke kedai di kampungnya... Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. "Hey riz!!..."

    Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang... dia segera mengubah penyamarannya... kali ini sebagai Syeikh Arab....

    Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang... Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek....
    Dalam hatinya berkata.. Dia takkan mengenali aku lagi.."

    Tiba-tiba nenek berkata " Hey riz!!"

    Kerana kehairanan yang amat sangat...
    "Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?"

    Nenek itu menjawab..
    "La engkau ni... ini aku la... atan..!"

    bobo

    Re: Mari senyum2...

    Post by bobo on Tue Jan 12, 2010 10:05 am

    Kedai Roti

    Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV, tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".

    "Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.

    "Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.

    "Betulakan paip?, kamu ingat saya nie JABATAN BEKALAN AIR ke?", jawab Akob mengelak.

    "Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob.

    "Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat PETRONAS", jawab Akob dengan sinis.

    Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.

    Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong pada siapa...?".

    "Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".

    "Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.

    "Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur dengannya".

    " Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.

    "Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"

    ----------------- sumbangan : LelakiyanglalukatdepanrumahAkob

    bobo

    Re: Mari senyum2...

    Post by bobo on Tue Jan 12, 2010 10:10 am

    Janda Yang Dahaga Twisted Evil
    Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami.... Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik.

    Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya... Walaupun.... hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam... Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu...

    Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi.... beliau bangun dari katilnya... badannya terasa panas.... tekaknya terasa haus.... beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur,... sampai saja didapur... beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk.... beliau tuang kedalam cawan dan meminumya... Setelah meminum air tersebut.. beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula... Sekian... Terima Kasih Itulah kisah seorang janda yang dahaga...........

    Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer. Ha...haa...haaa....

    bobo

    Re: Mari senyum2...

    Post by bobo on Tue Jan 12, 2010 10:22 am

    Tahukah anda...?

    1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai
    paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam
    filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun
    1960. Dalam bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama
    Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

    2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,
    menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada
    penggunaan susu cap bendera.


    4. Tahukah Anda Persatuan Cintai Hidupan Liar diasaskan oleh Richard Martin
    dari Ireland pada tahun 1824. Lagu Bola Sepak Dunia 1998 yang ditujukan
    khas buat pemain, peminat serta persatuan2 bolasepak amnya pula
    dinyanyikan oleh Ricky Martin.

    5. Tahukah Anda hanya enam bahasa digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
    Bersatu (PBB) iaitu bahasa Inggeris, perancis, Arab, Cina, Rusia dan
    Sepanyol. ianya akan bertambah menjadi tujuh bahasa jika ada perwakilan
    yang menggunakan bahasa pasar atau bahasa kesat. (bahasa yang ke tujuh
    hanya biasa digunakan room dot dot dot)

    6. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah
    kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak
    sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

    7. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani.
    Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi
    lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta
    bukanlah magnet.

    8. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak
    menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
    benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia
    tidak akan diekori lagi.

    9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar
    kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau
    silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung
    mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

    10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama
    walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun
    orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa
    lapar.

    11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih
    aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di
    rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

    12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit,
    pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

    13. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta
    kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak
    pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

    14. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan
    sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
    kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk
    menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh
    kawan kita.

    15. Tahukah Anda....... tahukah anda.......... tahukah anda..........
    walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya.

    ammen

    Re: Mari senyum2...

    Post by ammen on Thu Jan 14, 2010 4:50 pm

    bobo wrote:Tahukah anda...?

    1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai
    paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam
    filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun
    1960. Dalam bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama
    Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

    2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,
    menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada
    penggunaan susu cap bendera.


    4. Tahukah Anda Persatuan Cintai Hidupan Liar diasaskan oleh Richard Martin
    dari Ireland pada tahun 1824. Lagu Bola Sepak Dunia 1998 yang ditujukan
    khas buat pemain, peminat serta persatuan2 bolasepak amnya pula
    dinyanyikan oleh Ricky Martin.

    5. Tahukah Anda hanya enam bahasa digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
    Bersatu (PBB) iaitu bahasa Inggeris, perancis, Arab, Cina, Rusia dan
    Sepanyol. ianya akan bertambah menjadi tujuh bahasa jika ada perwakilan
    yang menggunakan bahasa pasar atau bahasa kesat. (bahasa yang ke tujuh
    hanya biasa digunakan room dot dot dot)

    6. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah
    kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak
    sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

    7. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani.
    Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi
    lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta
    bukanlah magnet.

    8. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak
    menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
    benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia
    tidak akan diekori lagi.

    9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar
    kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau
    silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung
    mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

    10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama
    walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun
    orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa
    lapar.

    11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih
    aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di
    rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

    12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit,
    pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

    13. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta
    kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak
    pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

    14. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan
    sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
    kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk
    menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh
    kawan kita.

    15. Tahukah Anda....... tahukah anda.......... tahukah anda..........
    walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya.

    WAH....yg no 15 nih yg paling best....

    Idris Bin Mat Seman

    hati resah & jiwa kacau? hiburkan hati anda

    Post by Idris Bin Mat Seman on Thu Jan 14, 2010 8:47 pm

    aku jua terpanggil nak cerita satu alkisah.tapi maaf lah terlebih dahulu.anggaplah cita ini tiada unsur2 lucah atau sex,hanya tuk hiburan semata.zaman dulu2 kalu nk kawin org tua yg cari x supa zaman skrg.jadi ustaz n ustazah ni d pertemukan jodoh,org tua mereka yg carikan.sedangkan mereka x mengenali antara satu sama lain,hanyalah berserah nasib je.kalu elok org tua yg cari,eloklah bagi mereka.malam pertama...jeng jeng.bila nk bersama,tentulah malu malu.almaklumlah ustaz kahwin ustazah.padam lampulah sampai gelap gulita jadinya.ustaz tidak berpuas hati tau2 je la,takut dpt isteri yg x cukup sifat ke,atau mcm2 yg bermain d fikiran.lalu dengan pantas ustaz tadi meraba cari kepala isteri,dia pegang ada,k selamat.terus raba tangan,keduanya ada,k selamat.terus raba kebawah yg sulit tu ada,k selamat.terus raba plak kedua paha dan kaki ustazah,tengok2 yg ni x de.hah..berpeluh ustaz.ustaz dah terpikir dalam hati apakah si belah pehak perempuan ni nk pekena dia kot.ustaz cakap sendirian,ni..x bleh jadi ni,apa hal.terus ustaz bangun dan pasang lampu,tengok tengok yg kaki si ustazah ni tadi dah redy angkat keatas.wah..lagi advan si ustazah ni.

    wan tuah

    Re: Mari senyum2...

    Post by wan tuah on Thu Jan 14, 2010 11:19 pm

    Idris Bin Mat Seman wrote:aku jua terpanggil nak cerita satu alkisah.tapi maaf lah terlebih dahulu.anggaplah cita ini tiada unsur2 lucah atau sex,hanya tuk hiburan semata.zaman dulu2 kalu nk kawin org tua yg cari x supa zaman skrg.jadi ustaz n ustazah ni d pertemukan jodoh,org tua mereka yg carikan.sedangkan mereka x mengenali antara satu sama lain,hanyalah berserah nasib je.kalu elok org tua yg cari,eloklah bagi mereka.malam pertama...jeng jeng.bila nk bersama,tentulah malu malu.almaklumlah ustaz kahwin ustazah.padam lampulah sampai gelap gulita jadinya.ustaz tidak berpuas hati tau2 je la,takut dpt isteri yg x cukup sifat ke,atau mcm2 yg bermain d fikiran.lalu dengan pantas ustaz tadi meraba cari kepala isteri,dia pegang ada,k selamat.terus raba tangan,keduanya ada,k selamat.terus raba kebawah yg sulit tu ada,k selamat.terus raba plak kedua paha dan kaki ustazah,tengok2 yg ni x de.hah..berpeluh ustaz.ustaz dah terpikir dalam hati apakah si belah pehak perempuan ni nk pekena dia kot.ustaz cakap sendirian,ni..x bleh jadi ni,apa hal.terus ustaz bangun dan pasang lampu,tengok tengok yg kaki si ustazah ni tadi dah redy angkat keatas.wah..lagi advan si ustazah ni.

    lawak orang lama... Laughing Laughing Laughing

    carlnain

    Re: Mari senyum2...

    Post by carlnain on Tue Jan 26, 2010 3:04 am



    _________________
    Shocked Twisted Evil UnLeAsH ThE MoNstEr EnErGY Twisted Evil Shocked


    Mai buat duit....click n register beb pree je...http://www.catcheye.com.my/?r=92194 carl9-0173380851/0178484768

    amirburn

    Re: Mari senyum2...

    Post by amirburn on Tue Jan 26, 2010 5:38 am

    haha..klakar gila ayat dalam pic tu carl!haha..

    helmynyte89

    Re: Mari senyum2...

    Post by helmynyte89 on Tue Jan 26, 2010 5:21 pm

    Wah3...ade lawak bergambir la...kelakar siot,rakus aku membacanye.. study lol!

    alldisc

    Ape Benda Kat Celah Kangkang Ayah Tu??~(18SX)

    Post by alldisc on Sat Feb 06, 2010 11:18 am


    Pada satu hari, seorang ayah baru saja lepas mandi dan semasa tengah
    mengelap badannya, muncul anak perempuan dia yg berumur 7 tahun
    anaknya itu bertanya.."apa benda kat celah kangkang ayah tu?"

    ayahnya pun terasa lah malu, dan terus mengatakan.. "tak boleh
    tahu..ini rahsia ayah tau"..
    maka anaknya pun keluar dari bilik dan terus mendapatkan pengesahan
    dari ibunya..

    ibu, apa benda yg kat celah kangkang ayah tu?" tanya si anak pada ibu..

    yang si ibu pun tersipu sipu dgn soalah anaknya itu lalu menjawab.."ishhkk. .
    tu benda rahsia ayah..jgn tanya.."

    selang beberapa hari, si anak pun dgn gembira menerangkan kepada
    ibunya.."ibu. .saya dah tahu rahsia ayah tu...sebenarnya berus gigi, tau ibu.."
    terang si anak..

    si ibu pun tersenyum lah dgn penjelasan anaknya itu.."..ha.. ye la pandai
    anak ibu ni..kenapa pulak benda tu berus gigi.."

    si anak pun menjawab.."tadi pagi, saya nampak kak umy (tukang gaji indon)
    masukkan benda ayah tu dalam mulut dia..keluar masuk keluar masuk sampai
    berbuih buih keluar dari mulut dia.."

    Guest
    Guest

    Re: Mari senyum2...

    Post by Guest on Tue Feb 09, 2010 1:45 am

    Kisah Suami Isteri (sile pm aku kalau bende ni repost/dah ader sblm nih)

    Lelaki dan Isterinya

    Sang suami yang bekerja di luar negeri menulis surat kepada isterinya:

    Dear Sweetheart,

    Abang tidak dapat menghantar duit perbelanjaan bulan ini kerana abang telah kehabisan duit. oleh itu abang hantarkan sahaja 100 ciuman untuk sayang.
    Muahhhhhhhhhhh X 100.

    Yang Benar,

    Suami mu.

    ———————-

    Isterinya Membalas*

    Sweetheart Dearest,

    Terima kasih kerana menghantar 100 ciuman. ini adalah senarai perbelanjaan dinda dengan 100 ciuman tersebut:

    1. Ramachandran penghantar susu bersetuju untuk menghantar susu percuma dengan 2 ciuman.
    2. Tukang elektrik hanya bersetuju selepas ditawarkan 7 ciuman.
    3. Tuan rumah datang amik 20 ciuman untuk menggantikan bayaran sewa umah.
    4. Toke supermarket tidak menerima ciuman.. jadik saya kasi la yang lain (harap abang memahami)
    5. Lain2 kegunaan 40 ciuman.

    Jangan risaukan tentang dinda kerana dinda masih mempunyai balance ciuman. Dinda harap dapat menggunakan baki ciuman untuk kegunaan bulan ini. Adakah bulan hadapan juga kanda akan melakukan perkara yang sama, sila beri nasihat..

    yang benar

    Isterimu.

    Guest
    Guest

    Re: Mari senyum2...

    Post by Guest on Tue Feb 09, 2010 1:50 am

    Telo dan Duit (pm aku jika ini adalah repost/dipost kembali)

    Ada seorang pak cik yang bernama Pak DI yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak Di dah pun bersiap sedia terpacak di kuanter bank untuk menyimpan RM1000nya.

    Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya.

    Manager : Setiap hari saya lihat pak cik akan menyimpan RM1000 dibank. Apa kerja pak cik?

    Pak DI : Saya ni sebenarnya takde kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.

    Manager : Ooo... ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang teror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.

    Pak DI : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.

    Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.

    Pak DI: Macam ni... dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.

    Manager : Hahaha.. tak logiklah pak cik. Tapi tak pe... saya setuju.

    Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba telurnya.. ooh masih ada.Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada....... Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak DI.

    Manager : Pak cik sorrylah ye.. telur saya masih lagi ada..

    Pak DI : Betul ke? Aku tak percaya... Mari sini aku pegang...Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak DI pun berkata.. Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni.

    Pak DI pun menghulurkannya.

    Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang teror... Sorrylah pakcik.Hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi laaaa keh.. keh.. keh...

    Tiba-tiba Pak Di mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kuanter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak DI.....

    Manager: mana pak cik dapat duit sebanyak tu?

    Pak DI : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.

    Manager : Bertaruh apa?

    Pak DI : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur Manager Bank.....

    Manager : Tak guna punya orang tua....

    Guest
    Guest

    Re: Mari senyum2...

    Post by Guest on Tue Feb 09, 2010 2:17 am

    Sahabat dan Raja Buah

    Amat, Daud dan Budin tersesat di dalam hutan sewaktu memburu. Mereka kemudiannya ditangkap oleh sekumpulan orang asli yang merupakan cannibal.

    Sewaktu dihadapkan ke ketua puak cannibal, ketua puak mengatakan
    mereka tidak akan dijadikan sup dan dimakan jika mereka lepas ujian
    yang akan diberikan.. Mereka dikehendaki pergi ke dalam hutan dan
    mencari 10 buah yang sama jenis. Lalu mereka pun pergi la ke dalam hutanbersama2 beberapa orang asli yang akan mempastikan mereka takkan lari.

    Amat kembali dan membawa 10 biji buah epal. Ketua puak cannibal itu kemudiannya berkata "Kamu dikehendaki menyumbat kesemua buah2 tersebut kedalam lubang bontot kamu tanpa sebarang ekspressi diwajah kamu atau kamu akan dimakan!". Maka bermulalah sesi menyumbat buah epal ke dalamlubang bontot Amat, SATU!!! jerit semua orang-orang asli.Belum sempatepal kedua disumbat, Amat sudah menjerit kesakitan, lalu Amat diikat dan diletak dalam kawah besar untuk direbus jadi sup.

    Daud pula kembali membawa 10 biji anggur. Ketua puak menerangkan
    perkara yang sama kepada Daud. Daud merasa takdelah susah mana.
    Dari jauh Amat daridalam kawah mendengar orang-orang asli menjerit
    SATU!!! DUA!!!! TIGA!!! EMPAT!!!
    LIMA!!! ENAM!!! TUJUH!!! LAPAN!!!!,
    tiba-tiba Amat terdengar Daud ketawa terbahak-bahak.

    Beberapa minit kemudian Daud diletakkan bersebelahan Amat dalam kawah besar.
    "Weiii yang ko gelak apehal???... ko dah nak lepas tadi dah!!" bentak Amat kepada Daud. Daud jawab "takleh tahanla beb...tengah aku relax2 sumbat anggur tiba2
    Budin balik bawak durian 10 bijik"..

    helmynyte89

    Re: Mari senyum2...

    Post by helmynyte89 on Fri Feb 12, 2010 6:08 pm

    Best gak cerita2 nie...aku pon nak sumbangkan beberapa cite lawak yg dh wt aku tersipu2 ketawa... Laughing



    Cerita Lucu: Mengaji

    Azizan : Zi, ko reti tak ngaji Quran?

    Azizi : Reti la sesekit… tp aku bace merangkak-rangkak lagi la…

    Azizan : lerrr nape truk sangat? Sian nyer…

    Azizi : apesal ko nak kesian kat aku lak? Kite bukan sedare pun.. takpe arr.. janji aku reti la jugak membace… pd org lain yang tak tau membace tu…

    Azizan : tak la, aku sian la kat ko.. pasal org lain membace elok je duduk.. sesopan lagi…. yang ko lak, bace merangkak2 tu buat ape.. susah sangat ker sampai takleh duduk?

    Azizi : [Dalam hati] hampeh nyer budak… aku lempang kang ha…

    helmynyte89

    Re: Mari senyum2...

    Post by helmynyte89 on Fri Feb 12, 2010 6:09 pm

    Cerita Lucu: Pak Ali Bukan Tamak


    Pada suatu hari, Pak Ali masuk ke hutan untuk mencari kayu api. Apababila sampai di kawasan tasik, Pak Ali tergelincir lalu kapak buruknya terjatuh ke dalam tasik. Tiba-tiba datang Pari-pari tasik kepada Pak Ali.


    Pari-pari: Apa masalah kamu wahai orang tua?

    Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

    Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama sebilah kapak perak.

    Pari Pari: Inikah kapak kamu?

    Pak Ali: Tidak.

    Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

    Pari Pari: Inikah kapak kamu?

    Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

    Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

    Pari Pari: Inikah kapak kamu?

    Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

    Pari-pari Tasik suka dengan sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

    Beberapa hari kemudian Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinya pula yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari-pari Tasik kepada Pak Ali..

    Pari-pari: Kenapa kamu bersedih wahai orang tua?

    Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.

    Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.

    Pari-pari: Inikah isteri kau?

    Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."

    Pari-pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".

    Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Pamela Anderson...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua".

    helmynyte89

    Re: Mari senyum2...

    Post by helmynyte89 on Fri Feb 12, 2010 6:10 pm

    Nama watak di dalam cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah tiada. Jika sekiranya berlaku, ianya adalah secara kebetulan sahaja.

    Di dalam sebuah kg ada 3 orang anak muda yang suka melepak. Sorang bernama Osman, sorang bernama Azlan dan sorang lagi bernama Safri. Aktiviti seharian mereka menybabkan tok imam tidak senang duduk.

    Pada suatu hari, tok imam datang dengan niat mahu mentarbiyah mereka. Maka berlakulah beberapa peristiwa cabar-mencabar.

    Tok imam mencabar 3 orang itu ke surau pada waktu Maghrib.

    Si Osman pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpe, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

    Maka apbila hampir masuk waktu Maghrib pegilah mereka ke surau. Tok imam pun suruh Osman azan. Tanpa berlengah terus je Osman azan,
    "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..."
    Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Osman & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlahlah kejahilan Osman.

    Selepas iqamat, masa hendak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak
    khusyuk.. Masuk je kali ketiga, Azlan panggil tok imam.
    "Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam."

    Tok imam pun undur le ke belakang. Azlan pun angkat takbiratul ihram.
    "Allahu Akbar!"
    Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat.

    Tiba-tiba si Azlan ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali je tok!!"
    lalu batallah solat Azlan. Yang lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

    Tok imam pun mintak pula si Safri jadi imam. Si Safri pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang.
    Siap dengan wirid sekali. Punyalah kagum tok imam kat si Safri niii...

    Lepas solat, tok imam pun puji-memuji si Safri ni... dengan bongkaknye si Safri berkata,
    "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dasyat aku sembahyang.He heee..."
    Tok imam pun terkedu dan terpana...

    helmynyte89

    Re: Mari senyum2...

    Post by helmynyte89 on Fri Feb 12, 2010 6:10 pm

    Cerita Lucu: You, ve Got Mail


    Seorang lelaki sedang memotong rumput di halaman depan rumahnya, ketika tetangganya, seorang wanita cantik berambut perang keluar dari rumah dan langsung menuju ke kotak surat. Dia membuka kotak surat itu lalu membanting pintunya dan meluru masuk ke rumah.

    Beberapa saat kemudian, wanita itu keluar lagi dari rumahnya dan memeriksa semula kotak suratnya. Pintu kotak surat dibanting lagi dan dengan marah dia masuk ke dalam rumah. Ketika lelaki tadi hampir menyelesaikan pekerjaannya memotong rumput, wanita tadi muncul lagi dari dalam rumah. Terus menuju ke kotak surat, membukanya dan segera membanting pintu kotak surat tersebut lebih keras daripada sebelumnya.

    Bingung dengan tindakan yang dilakukan wanita itu, lelaki tadi bertanya padanya, "Apakah ada masalah?" Wanita berambut perang itu menjawab, "Tentu saja ada! Komputerku yang bodoh itu terus-menerus mengatakan, "YOU'VE GOT MAIL."

    helmynyte89

    Re: Mari senyum2...

    Post by helmynyte89 on Fri Feb 12, 2010 6:10 pm

    Cerita Lucu: Nak Tahu KENAPA AKU PECAT SECRETARY KU


    Dua minggu yang lalu merupakan ulang tahunku yang ke-45 dan mood-ku tidak terlalu baik pada pagi itu. Aku turun untuk sarapan dengan harapan isteriku akan mengucapkan dengan penuh sukacita..

    "Selamat Ulang Tahun suamiku tersayang"

    Waktu berlalu dan bahkan dia tidak mengucapkan selamat pagi. Aku berpikir, ya, itulah isteri, tapi mungkin anak-anakku akan ingat kalau hari ini aku berulang tahun.

    Anak-anak datang ke meja makan untuk sarapan namun mereka juga tidak mengatakan satu patah katapun. Akhirnya aku berangkat ke bilik tidur dengan perasaan penuh kecewa dan sedih.

    Di pejabat, Ketika aku masuk ke pejabat, sekertariku, Janet, menyapaku "Selamat pagi Boss, Selamat Ulang Tahun"......

    Dan akhirnya aku merasa sedikit terubat mengetahui ada seseorang yang mengingat hari ulang tahunku. Aku bekerja sampai tengah hari dan kemudian Janet mengetuk pintu bilikku dan berkata, Apakah tuan tidak menyadari bahwa hari ini begitu cerah di luar dan hari ini adalah hari ulang tahun tuan, mari kita pergi lunch, hanya kita berdua.

    Aku berkata "Wow!", itu adalah perkataan yang luar biasa yang saya dengar hari ini, mari kita pergi.

    Kami berdua pergi lunch. Kami tidak pergi ke tempat di mana kami biasanya lunch, tetapi kami pergi ke tempat yang sepi. Kami memesan 2 gelas fresh orange dan menikmati makanan tengahari kami.

    Dalam perjalanan pulang ke pejabat, Janet berkata, Anda tahu ini adalah hari yang begitu indah, kita tidak perlu kembali ke pejabat kan ? "Tidak perlu, saya pikir tidak perlu" jawabku.

    Lalu dia mengajak saya untuk rehat ke apartmentnya. Setelah tiba di apartmentnya, dia berkata.. Tuan, jika tuan tidak keberatan, saya akan pergi ke ruang tidur dan kemudian akan memberi sesuatu yang istimewa untuk Tuan... " "Tentu saja boleh", sahutku dengan gembira.

    Dia pergi ke kamar tidur dan kira-kira enam minit kemudian dia keluar membawa kek ulang tahun yang besar diiringi oleh isteri, anak-anakku dan sejumlah rakan kerja kami sambil menyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun ......

    Aku hanya duduk terpaku di sana , Di sebuah sofa panjang, hanya memakai seluar dalam sahaja ...... malunya....

    helmynyte89

    Re: Mari senyum2...

    Post by helmynyte89 on Fri Feb 12, 2010 6:11 pm

    Cerita Lucu: Pisau Lipat


    Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu terjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan di dalam hutan, sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan di dalam perjalanan akan dihukum.

    Lalu pelajar senior itu mengambil pisau lipat dan mengumpulkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana pelajar yang telah lalai dan meninggalkan pisau lipatnya.

    "Siapa yang kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?!!" tanya pelajar senior itu..
    Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah..

    "Ayuh cepat!! mengaku aje la.. lagi pun sebenarnya aku dah tau siapa pemilik pisau lipat ni sebab namanya terukir kat sini.. Tapi aku nak kejujuran korang semua untuk mengaku!!!"
    Masih tidak ada jawapan dari para pelajar lain..

    "Kalau tak ada yang jujur nak mengaku salah, aku akan panggil nama pemilik!!!"

    Pelajar-pelajar masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu...

    "STAINLESS STEEL!!cepat keluar...!!!"

    helmynyte89

    Re: Mari senyum2...

    Post by helmynyte89 on Fri Feb 12, 2010 6:11 pm

    Tiga orang Jeneral dunia sedang bertanding keberanian tenteranya dan untuk membuktikannya setiap jeneral memerintahkan salah seorang askarnya untuk mengikuti arahannya :

    1. Jepun

    Jeneral : Askar maju ke sini
    Askar : Baik Jeneral
    Jeneral : Tangkap peluru yang saya tembakkan ke tubuh kamu
    Askar : Baik Jeneral

    Peluru ditembakkan dan kerana jaraknya terlalu dekat maka si askar tidak dapat menangkapnya dan terus mati.

    Si jeneral dengan bangga mengatakan “lihat askar saya sangat berani dan sanggup mati”


    2. Jerman

    Jeneral : Askar maju ke sini
    Askar : Baik jeneral
    Jeneral : Tangkap peluru dari RPG yang saya tembak
    Askar : Baik Jeneral

    Peluru meluncur pantas dan askar yang menangkap hancur berantakan.
    Si Jeneral sangat bangga dan berkata ”Askar saya lebih berani, sanggup menggadai nyawa menangkap bom RPG”


    3. Indonesia

    Jeneral : Askar maju ke sini
    Askar : Baik Jeneral
    Jeneral : Seberangi kawasam periuk api dengan berlari cepat
    Askar : Tidak mahu jeneral !
    Jendral : Seberangi cepat !!
    Askar : Tidak mahu jeneral !

    Sampai tiga kali si jeneral memerintahkan askarnya, namun tetap di tolak.

    Si Jeneral berkata “Lihat askar saya yang paling berani…. perintah jeneral langsung dia tolak…”

    helmynyte89

    Re: Mari senyum2...

    Post by helmynyte89 on Fri Feb 12, 2010 6:11 pm

    British English vs. Malaysian English


    Who says our English is teruk? Just read below - Ours is simple, short, concise, straight-to-the-point, effective etc.


    WHEN GIVING A CUSTOMER BAD NEWS

    Britons: I'm sorry, sir, but we don't seem to have the sweater you want in your size, but if you give me a moment, I can call the other outlets for you.

    Malaysians: No stock.


    RETURNING A CALL

    Britons: Hello, this is John Smith. Did anyone call for me a few moments ago?

    Malaysians: Hello, who call?


    ASKING SOMEONE TO MAKE WAY

    Britons: Excuse me, I would like to get by. Would you please make way?

    Malaysians: S-kew me.


    WHEN SOMEONE OFFERS TO PAY

    Britons: Hey! Put your wallet away, this drink is on me..

    Malaysians: No need lah.


    WHEN ASKING FOR PERMISSION

    Britons: Excuse me, but do you think it would be possible for me to enter through this door?
    Malaysians: (pointing at the door) Can ah?


    WHEN ENTERTAINING

    Britons: Please make yourself right at home.

    Malaysians: No need shy shy one lah!


    WHEN DOUBTING SOMEONE

    Britons: I don't recall you giving me the money.

    Malaysians: Where got?


    WHEN DECLINING AN OFFER

    Britons: I would prefer not to do that, if you don't mind.

    Malaysians: Don't want lah.


    IN DISAGREEING ON A TOPIC OF DISCUSSION

    Britons: Err...Tom, I have to stop you there. I understand where you're coming from, but I really have to disagree with what you said about the issue.

    Malaysians: You mad ah?


    WHEN ASKING SOMEONE TO LOWER THEIR VOICE.

    Britons: Excuse me, but could you please lower your voice? I'm trying to concentrate over here.

    Malaysians: Shut up lah!


    WHEN ASKING SOMEONE IF HE/SHE KNOWS YOU.

    Britons: Excuse me, but I noticed you staring at me for sometime. Do I know you?

    Malaysians: See what, see what?


    WHEN TRYING TO FIND OUT WHAT HAD HAPPENED

    Britons: Will someone tell me what has just happened?

    Malaysians: What happened ah? Why like that one ah?


    WHEN SOMEONE DID SOMETHING WRONG

    Britons: This isn't the way to do it. Here, let me show you.

    Malaysians: Like that also don't know how to do!


    WHEN ONE IS ANGRY

    Britons: Would you mind not disturbing me?

    Malaysians: Celaka you!

    Sponsored content

    Re: Mari senyum2...

    Post by Sponsored content Today at 7:07 am


      Current date/time is Sat Dec 10, 2016 7:07 am