Kawasaki Kips Owners

FORUM FOR ALL GENERATION OF KAWASAKI KIPS


    Berkongsi nasihat kesihatan.

    Share

    kurt2812

    Berkongsi nasihat kesihatan.

    Post by kurt2812 on Thu Dec 31, 2009 6:08 am

    Malaysia adalah negara ke-4 tertinggi dlm permintaan atau penggunaan gula..kiraan ini berdasarkan nisbah jumlah rakyat dan kadar jualan atau permintaan gula dalam setahun..

    Rakyat malaysia juga mencatat tangga ke 8 tertinggi di dunia bagi jumlah pesakit kencing manis atau diebetis melitus..jumlah ini juga dikira dgn nisbah jumlah pesakit kencing manis dgn jumlah keseluruhan 27 juta rakyat malaysia..

    Dgn sedikit pengorbanan,kita mampu mengekalkan tubuh yang sihat..antara caranya ialah:


    1. kurangkan makanan yg bergoreng seperti mee goreng,kari..dan apa2 yg banyak menggunakan minyak utk penyediaan nya

    2. banyakkan makan makanan seperti sup,makanan berkuah yg lain..belajar untuk biasakan diri dgn makanan kukus..

    3. jika anda makan di kedai,dan menempah teh tarik dan nasi lemak..apa salahnya anda memesan teh o dan roti canai..kerana jumlah gula dlm teh tarik 4 kali ganda dari teh o.dan sepinggan nasi lemak memerlukan anda berlari 5 kilometer untuk membakar semula kalori yg anda telah makan dari nasi lemak tersebut.

    4. jika anda berhenti di mana-mana kedai runcit untuk membeli air minuman, antara coke dgn susu segar..lebih baik susu segar kerana ianya membantu untuk kekuatan tulang dan mengelakkan dari penyakit seperti osteoporosis..dan sangat digalakkan bagi mereka yg mengalami kepatahan tulang, kerana ia membantu mempercepatkan pembentukan 'kalus' iaitu percantuman tulang atau pembentukan tulang.

    5. semasa mencari parking lot,kebanyakan orang akan mencari lot yang paling dekat sekali dengan pintu atau pagar masuk..tapi apa salah nyer anda berkorban sedikit, park kenderaan berjauhan dengan tempat yang dituju untuk anda berjalan kaki ke sana..ianya cukup untuk membakar kalori anda..lot parking juga mudah didapati di kawasan yg berjauhan tadi.

    6. jika rumah atau pejabat anda berada di laras 5 atau kebawah, anda pilih untuk menaiki lift atau tangga..jika jawapan anda lift, ianya tepat,tapi kurang menyihatkan..jawapan yang bagus ialah menggunakan tangga..fakta menunjukkan antara menaiki tangga dan berjalan, dengan menaiki tangga, lebih banyak kalori dan lemak akan terbakar.

    7. pada kaum adam, anda dinasihat kan jangan menahan kencing terlalu lama dan kerap..ianya akan mengancam prostat anda..antara penyakit yg bakal mengancam itu adalah prostitis dan kanser prostat..kanser ini pembunuh no 2 kaum adam selepas penyakit JANTUNG..

    sekian..
    renung-renungkan lah.. Very Happy

    kurt2812

    Re: Berkongsi nasihat kesihatan.

    Post by kurt2812 on Thu Dec 31, 2009 6:10 am

    jika kippers lain ada sebarang nasihat berkenaan dgn kesihatan, sila lah berkongsi di ruangan ini.. bounce

    alldisc

    Re: Berkongsi nasihat kesihatan.

    Post by alldisc on Thu Dec 31, 2009 9:33 am

    aku setuju dgn kata2 kurt. kalau banyak sangat guna gula dalam makanan/minuman...semut pun kirim salam dgn kita.

    deen325

    Re: Berkongsi nasihat kesihatan.

    Post by deen325 on Thu Dec 31, 2009 10:33 am

    salam..

    ini pula tuk yg ader kandungan gula byk dalam darah..
    mkn ni byk2.. tuk nak mesetabilkan gula dalam darah..


    Laughing Laughing

    deen325

    Re: Berkongsi nasihat kesihatan.

    Post by deen325 on Thu Dec 31, 2009 5:38 pm

    salam.. ni ader ceta sikit pasal kambing...

    Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

    Pengurai Kolestrol Tepu

    Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;
    1. Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
    2. Kolestrol daging lembu dan ayam.
    3. Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
    4. Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
    5. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
    6. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.
    7. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
    8. Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.
    Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas.
    Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja.
    Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung.

    Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.

    Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

    Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

    Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

    Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

    Mencantikkan Kulit


    Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.

    Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

    Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.

    Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

    Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3) . Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

    Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.

    Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.
    Laughing Laughing

    kurt2812

    Re: Berkongsi nasihat kesihatan.

    Post by kurt2812 on Thu Dec 31, 2009 6:43 pm

    fuh penerangan yg lengkap dr abg deen..selama ni ramai org cakap kambing ni x elok makan..ni pon maklumat yg baru je saya belajar..elok upenyer makan kambing ni..tp mcm ne pon,klo makan berlebihan,ttp akan obes gak klo x diimbangkan dgn senaman yg berterusan..senaman ni mcm berzikir gak..x semestinya klo kite nak berzikir kena dok berteleku atas sejadah,hadap kiblat,berwudhuk bru bleh berzikir..sambil riding pon bleh zikir..mcm 2 gak dgn senaman,bkan kena tgu pagi ahad,kena pakai track sut,kena pakai kasut sukan,kena g kt pusat rekreasi bru bleh senaman..yg kita berjalan melangkah tiap2 hari tu senaman la..lagi jauh kiter berjalan,lbh banyak kiter senaman dan membakar lemak.. cheers cheers cheers cheers

    zack_guillera

    Re: Berkongsi nasihat kesihatan.

    Post by zack_guillera on Thu Dec 31, 2009 6:46 pm

    wah..maklumat2 yang bagus..

    kurt2812

    Re: Berkongsi nasihat kesihatan.

    Post by kurt2812 on Fri Jun 11, 2010 9:18 am

    update!!

    xda nasihat2 kesihatan yg berguna lg ke dr kippers??
    en. obasan..hahaa!!!

    nt aku up lg..

    ranjau_berduri

    Re: Berkongsi nasihat kesihatan.

    Post by ranjau_berduri on Fri Jun 11, 2010 9:29 am

    brapa banyak air kena minum sehari ek???

    kingslayer

    Re: Berkongsi nasihat kesihatan.

    Post by kingslayer on Fri Jun 11, 2010 10:11 am

    aku setuju ngan makan daging kambing.. ramai yg skeptikal mungkin sbb persepsi masyarakat umum..

    kalo nk rasa mkn beriyani kambing (percuma) di jb.. silalah ke masjid wadi-hana setiap isnin mlm selasa, ada majlis ratib asmahul-husna..

    santapan rohani utk sihatkan spiritual, kemudian santapan jasmani utk sihatkan fizikal..

    kurt2812

    Re: Berkongsi nasihat kesihatan.

    Post by kurt2812 on Fri Jun 11, 2010 7:42 pm

    ali_wng wrote:brapa banyak air kena minum sehari ek???

    sekurang2 8 gelas sehari..tu pon tgk pada aktiviti yg kter wat..klo bersukan je..12 gelas sehari..agak2 satu gelas dlm 300 ml..

    kurt2812

    Re: Berkongsi nasihat kesihatan.

    Post by kurt2812 on Tue Aug 10, 2010 8:33 pm

    a'kum.. perkongsian skit..

    Minggu lepas, semasa saya bertugas di Call Centre Hospital Raja Perempuan Zainab II, jam 12.31 mlm ada terima 1 call yg melaporkan kemalangan..car vs static treler..
    12.33 team paramedik bertolak dgn ambulan..
    12.40 sampai di tempat kejadian, dan benar..sebijik waja terperosok bawah treler yg brenti tepi jalan..turun saja team saya dr ambulan,kami dimaklumkan oleh staff bomba yg pesakit dah di bawa ke hospital oleh org awam..saya tanya pada staf bomba tersebut "keadaan mangsa mcm ne??" bomba tu jawap "kami pon x tau.kami datang mmg pesakit dah dikeluarkan org awam dr keta.dan bila kami suruh mereka tgu ambulan utk bawa mangsa ke hospital, mereka cakap lambat,baik antar sendiri.."
    Bila saya tanya org awam tentang keadaan mangsa, jawapan mereka "tenat"..
    saya tanya "siapa yg keluarkan mangsa dr kereta?" 4 org tampil hadapan saya..saya minta nama dan no ic..maklumat tu saya bg kat staf bomba sbg rujukan jika berbangkit kes saman di mahkamah..(nanti saya terangkan)..

    kami pon pulang ke HRPZII semula dgn perasaan marah dan hampa..
    tp pesakit td masih blom tiba, saya hubungi HUSM kubang kerian mana lah tahu mangsa di bawa ke sana..maklumat dr HUSM,pesakit tiada dihantar ke sana..selang 10 minit, tibalah van yg membawa mangsa..pemandu x sedarkan diri,penumpang pula pendarangan yg teruk di kepala dan kepatahan terbuka di lengan kanan (open fracture right radius)dan tulang keting (tibia)..
    saya juga ada minta nama dan no ic pembawa yg budiman itu utk rujukan siasatan kes berbangkit..

    selanjut nya,selepas beberapa staff yg terdiri dr sorang pakar,4 org doktor dan 3 org paramedik bertungkuslumus menyelamatkan mangsa, si pemandu gagal diselamatkan..dia menghembuskan nafas yg terakhir pd jam 2 pagi..dan disebabkan pendarahan yg terlalu banyak,penumpng dirujuk ke ICU utk rawatan rapi pd jam 3 pg..

    ok tutup citer pasal situasi di hospital,kita kembali ke lokasi kejadian..

    MENGAPA SAYA AMBIL NAMA DAN NI IC ORG YG MENGELUARKAN MANGSA DAN JUGA ORG YG MEMBAWA MANGSA KE HOSPITAL???

    membantu org lain dlm kesusahan mmg amalan yg mulia serta dituntut dlm islam dan agama lain..tetapi,tgk lah pada keadaan..jgn bertindak sendiri..

    pihak bomba mempunyai segala kelengkapan dan kepakaran utk mengeluarkan mangsa yg tersepit dlm kenderaan..ada teknik dan cara yg betol..bila silap teknik,akan mengakibatkan kecederaan yg lebih parah..sbb tu lah sesetengah keadaan,bomba akan lakukan sedikit pemotongan bahagian kenderaan bagi mengeluarkan mangsa yg tersepit..bukan main rentap je mangsa sampai terkelur dr kereta..
    begitu juga dgn pasukan paramedik..
    kami diajar untuk menguruskan situasi sebegini,dalam ambulan,ada tangki oksigen,ada anduh,ada kain utk hentikan pendarahan,ada ubat-ubatan yg cukup untuk menstabilkan mangsa sementara perjalanan ke hospital..dan tgk lah hasil nya..ambulan sampai dulu ke hospital baru kereta org awam sampai..

    sebab apa saya minta nama dan no ic..kami difahamkan pihak keluarga (setelah diracun oleh org awm yg ada ditempat kejadian) ingin mengambil tindakan saman terhadap kami..

    penerangan telah diberi..kemalangan tu dah berlaku hampir 25 minit, tp baru nak kol 999..SALAH SIAPA??? KEMALANGAN BERLAKU JAM 12.00 PG TP 12.33 BARU KOL 999...masing2 "ingatkan org lain dah call"
    LAMBAT AMBULAN DAN BOMBA SAMPAI ATAU LAMBAT ORANG AWAM CALL?? ORG AWAM YANG LAMBAT CALL.. masa pergerakan ambulan dicatat..ambulan makan masa 7 minit utk ke lokasi kejadian..dan pihak yg menghantar memberi alasan ambulan lambat dan sbb tu mereka ambil tindakan menghantar sendiri..

    selepas perbincangan demi perbincangan..waris membatalkan niat utk saman..tu pon sbb kami terangkan kat die "pihak encik xda hak utk saman kami sbb apa yg berlaku di tempat kejadian sbb kami x tau apa2 setiba kami disana,org awm dah hantar..so penguruan,kecuaian dan kelalaian yg menyebabkan pesakit mati bukan datang dari kami,kami cuma terima pesakit di hospital..ini nama dan no ic org yg mengeluarkan mangsa dan ini pula nama dan no ic org yg membawa mangsa ke hospital..cik bleh saman mereka..kmi di hospital dah lakukan apa yg terbaik yg patut kami buat..tapi org awam ni dah buat apa yg mereka x patut buat.."


    kesimpulan nya..klo ada kemalangan..jangan lah berlagak hero x kena gaya..walaupon niat baik utk membantu, sebenarnya itu adalah penganaiyaan..
    saya nak nasihatkan kippers sekalian..jika berlaku kes sebegini..apa yg perlu di buat :

    1. tgk keadaan mangsa,jumlah mangsa, dan mekanisma kemalangan dan call 999..

    2. jangan lakukan apa-apa pada mangsa,jangan pandai2 keluarkan mangsa dr kereta, tu keja bomba..

    3. letakkan penghadang jalan atau tanda amaram bahawa berlaku kemalangan..

    4. jika nampak ketibaan ambulan atau bomba, sila tahan atau bg isyarat, klo x ambulan terlajak,nak u-turn blik da makan masa..

    ini klo kes kemalangan tersepit dlm kereta..
    mcm ne plak klo nampak sorg atau berorang-orang terbaring dlm keadaan sedar atas jalan raya?? (kemalangan motor)

    1. tahan kereta, call 999 dan letakkan apa2 tanda sebagai amaran bahawa kawasan itu da berlaku kemalangan

    2. jika mangsa sedar dan bleh bngun, papah mangsa ketepi, baru 'papah' motor die..

    3. jika mangsa x sedar, jangan pandai2 alihkan mangsa ke tepi jalan,biarkan sahaja, tunggu hingga bantuan tiba


    jika anda saksi kejadian,harap bleh tgu la sampai bantuan tiba, sbb maklumat anda sebagai saksi amat penting seperti cara mangsa jatuh,terseret bper meter,terpelanting bper meter,ada nampak mangsa bergerak sblom x sedarkan diri? ada perlanggaran kedua selepas yg perta,a? (dah jatuh kena langgar lg)

    so..berhemahlah ketika membantu org lain...

    Sponsored content

    Re: Berkongsi nasihat kesihatan.

    Post by Sponsored content Today at 6:10 pm


      Current date/time is Tue Dec 06, 2016 6:10 pm