Kawasaki Kips Owners

FORUM FOR ALL GENERATION OF KAWASAKI KIPS


    Batu 3 Speed Way Dalam Kenangan

    Share

    Azroy

    Batu 3 Speed Way Dalam Kenangan

    Post by Azroy on Tue Mar 30, 2010 12:45 pm

    Ni aku copy dari website AJAK MOTOR..

























    Sekarang ni dah jadi kawasan perumahan..

    @zri

    Re: Batu 3 Speed Way Dalam Kenangan

    Post by @zri on Tue Mar 30, 2010 1:11 pm

    bro azroy..ni ltr btu 3 shah alm kn,dlu pnah anjur moto gp thon 90an dlu??..sori,ank mda tmpng tnye..

    carlnain

    Re: Batu 3 Speed Way Dalam Kenangan

    Post by carlnain on Tue Mar 30, 2010 2:27 pm

    Litar Batu Tiga
    Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

    Lokasi Shah Alam, Selangor, Malaysia
    Acara utama Grand Prix Malaysia (1968-1995)
    Grand Prix motosikal Malaysia (1991-1997)
    Jarak litar 3.69 km (2.278 mi)
    Selekoh 14

    Litar Batu Tiga Shah Alam, juga dikenali sebagai Litar Batu Tiga Jalan Kelang, Litar Batu Tiga ataupun Litar Shah Alam, merupakan bekas litar perlumbaan bermotor di Malaysia. Litar ini terletak di ibu negeri Selangor iaitu Shah Alam, iaitu antara Stadium Shah Alam dengan Lebuhraya Persekutuan.

    Ia mula dibuka pada tahun 1968 dengan Grand Prix pertama iaitu Siri Tasman yang dimenangi oleh pelumba Indonesia Hengkie Iriawan yang menaiki kereta Ford. Litar Batu Tiga Shah Alam kekal menjadi hos kejohanan Grand Prix Malaysia dari tahun 1968 sehingga 1982, manakala acara yang sering dilangsungkan di litar ini termasuklah Formula Atlantik, Formula Pasifik dan Formula 2. Perlumbaan Grand Prix Malaysia terakhir yang diadakan di Shah Alam adalah Formula Holden pada tahun 1995.

    Litar ini pernah ditutup sementara pada tahun 1977 berikutan satu kemalangan yang meragut nyawa enam kanak-kanak, tetapi kemudian ia dibuka selepas penambahbaikan pada pagar dan rel pengadang.[1]

    Pada tahun 1985, litar ini diperbaharui dengan penambahan jarak litar daripada 3.38 km kepada 3.693 km manakala penambahan selekoh pada selekoh 11 turut diadakan. [2] Pada tahun yang sama, perlumbaan antarabangsa pertama iaitu Kejohanan Kereta Sport Sedunia telah dimenangi oleh Jacky Ickx yang menaiki Porsche 962C.

    Perlumbaan Superbike Sedunia telah diadakan pada tahun 1990 dan 1991 di litar ini. Pada tahun 1991 sehingga 1997 ia menjadi hos kejohanan Grand Prix motosikal Malaysia. Dengan kejuaraan empat kali berturut-turut di litar ini sehingga tahun 1997 Mick Doohan menjadi penunggang paling berjaya bagi kelas 500cc di Litar Batu Tiga. Kemudian acara Grand Prix motosikal Malaysia berpindah ke Litar Pasir Gudang dan kemudiannya ke Litar Antarabangsa Sepang.

    Litar tersebut telah ditutup berikutan pembukaan Litar Antarabangsa Sepang. Pada tahun 2003 kerajaan negeri Selangor pimpinan Khir Toyo telah menjual tapak Litar Batu Tiga kepada pemaju perumahan; seterusnya, litar tersebut dirobohkan dan dibangunkan semula dengan projek perumahan D'Kayangan.


    P/S: dulu2 Senior2 RXZ aku ,geng2 Sg.Way yg selalu trainning kat cni .
    selalu ckp diorg nampak kelibat kanak2 d atas litar,
    ada yg terkujat n down.Bygkan tgh2 lap ada bayangan budak2 melintas or duk tepi Litar... pale pale


    _________________
    Shocked Twisted Evil UnLeAsH ThE MoNstEr EnErGY Twisted Evil Shocked


    Mai buat duit....click n register beb pree je...http://www.catcheye.com.my/?r=92194 carl9-0173380851/0178484768

    kimera

    Re: Batu 3 Speed Way Dalam Kenangan

    Post by kimera on Tue Mar 30, 2010 5:57 pm

    Dulu aku pernah menyaksikan perlumbaan motor yg di adakan pada malam sabtu pada tahun 1997, kawan aku ada join race naik TZM, rasanyer suzuki pun ada buat event perlumbaan kat situ namanya suzuki saturday night sprint kalu tak silap aku la..

    krijauan

    Re: Batu 3 Speed Way Dalam Kenangan

    Post by krijauan on Tue Mar 30, 2010 7:33 pm

    last aku race kat situ tahun 1993 time tu aku pakai honda raider.

    tak caya tanya wadin. Rolling Eyes

    Guest
    Guest

    Re: Batu 3 Speed Way Dalam Kenangan

    Post by Guest on Tue Mar 30, 2010 7:38 pm

    krijauan wrote:last aku race kat situ tahun 1993 time tu aku pakai honda raider.

    tak caya tanya wadin. Rolling Eyes

    kenceng, umo 2 tahun leh gi lumba situ?

    mambang

    Re: Batu 3 Speed Way Dalam Kenangan

    Post by mambang on Tue Mar 30, 2010 10:07 pm

    sinclair wrote:
    krijauan wrote:last aku race kat situ tahun 1993 time tu aku pakai honda raider.

    tak caya tanya wadin. Rolling Eyes

    kenceng, umo 2 tahun leh gi lumba situ?
    biar betik umur 2 taun dah masuk trek.. scratch scratch tongue

    hantukatik

    Re: Batu 3 Speed Way Dalam Kenangan

    Post by hantukatik on Wed Mar 31, 2010 2:26 pm

    trek batu 3....saturday night fever dlm kenangan...mase tu aku dh main kete kengkawan. tempat date ngan org umah...hihihi Laughing Laughing

    mambang

    Re: Batu 3 Speed Way Dalam Kenangan

    Post by mambang on Wed Mar 31, 2010 5:16 pm

    trek batu 3 juga dlm kenangan semasa study kat ITM ,dimana aku dan kawan2 tgk race kete...masa tu cina bwk honda civic mayat warna kuning strike hitam juara....aku pun dah lupe sapa nama die..best2 Very Happy

    zampd

    Re: Batu 3 Speed Way Dalam Kenangan

    Post by zampd on Wed Mar 31, 2010 9:04 pm

    kat litar ni lah aku nengok Randy Mamola, Wayne Rainey dan Kevin Schwantz berentap ngan mesin 500cc 2 stroke dorang.........dah tak ingat tahun berapa tapi yg pastinya, esoknya aku demam kerana kerana tak tahan ngan heat wave pasal duduk kat grandstand tak berbumbung............. drunken drunken

    Sponsored content

    Re: Batu 3 Speed Way Dalam Kenangan

    Post by Sponsored content Today at 6:48 pm


      Current date/time is Sat Dec 10, 2016 6:48 pm