Kawasaki Kips Owners

FORUM FOR ALL GENERATION OF KAWASAKI KIPS

    PERMOHONAN PERMIT PERARAKAN(ESCORT/PENGIRING) dari PDRM

    Share

    pcq5913

    PERMOHONAN PERMIT PERARAKAN(ESCORT/PENGIRING) dari PDRM

    Post by pcq5913 on Wed Mar 31, 2010 10:59 am

    --------------------------------------------------------------------------------


    Permohonan permit perarakan (escort/pengiring) dari PDRM memerlukan beberapa perkara :-

    1. Kertas Kerja Konvoi
    2. Senarai Organisasi/Kelab/Pertubuhan serta Syarikat berdaftar.Kalau tak daftar,payah sikit.
    3. Objektif Konvoi serta matlamat.(Samada suka-suka,program bersama badan lain..Cth: Sukaneka bersama Polis,Program Mesra Rakyat dsbnya.
    4. Senarai penuh peserta bersama Nama Penuh,alamat penuh,no.kp,jenis kenderaan,no plat dsbnya..(Itu sebab konvoi selalunya ada borang penyertaan).
    5. Ketua konvoi serta AJK yang bertanggungjawab menganjurkan sesuatu konvoi...Supaya senang pihak Polis menghubungi sekiranya berlaku sesuatu..
    6. Peraturan,undang-undang serta nota taklimat keselamatan untuk disampaikan kepada peserta sebelum berkonvoi..
    7. Jadual ,aturcara,masa serta agenda konvoi mesti disertakan...
    8. Laluan perjalanan,jarak serta tempat berhenti konvoi mesti detail..Bukan main tulis jer..Kena survey laluan dulu...Cari tempat berhenti rehat yang sesuai dsbnya.


    SYARAT DAN PERATURAN SEMASA KONVOI MOTORSIKAL .

    1. Semua peserta mesti sihat tubuh badan dan bersedia mengikuti sepanjang laluan perjalanan konvoi.
    2. Penunggang hendaklah mempunyai lesen memandu yang sah,cukai jalan dan insuran yang belum tamat tempoh.
    3. Semua motorsikal peserta mestilah 100% dalam keadaan baik,lengkap tanpa sebarang pengubahsuaian yang melanggar akta dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
    4. Semua peserta diminta mengisi petrol memenuhi tangki sebelum memulakan konvoi.
    5. Taklimat keselamatan,laluan konvoi serta agenda konvoi perlu diterangkan dan disampaikan dengan jelas kepada semua peserta sebelum memulakan konvoi.
    6. Maklumat lengkap,pelan laluan,tempat berhenti rehat serta tanda amaran boleh diterangkan oleh Ketua Penyelaras Konvoi samada melalui lisan ataupun bertulis.
    7. Jarak diantara sesebuah kenderaan dihadapan semasa berkonvoi hendaklah anggaran 2 buah motorsikal bagi mengelakkan kecelakaan sekiranya berlaku pemberhentian mengejut.
    8. Kelajuan dijalan biasa semasa berkonvoi adalah diantara 70~90km/j,lebuhraya 90~100km/j dan bergantung kepada keadaan lalulintas.
    9. Berikan tumpuan penuh kepada kenderaan dihadapan dan tabiat memotong semasa berkonvoi tidak digalakkan.
    10.Susunan kenderaan semasa berkonvoi perlu ditetapkan sepanjang konvoi dijalankan.
    11. Peserta diwajibkan membuka lampu hadapan kenderaan sepanjang berkonvoi dan penggunaan lampu kelipan isyarat (double signal) amat tidak digalakkan.
    12. Berhenti dengan cara selamat dibahu jalan tanpa menggangu peserta dibelakang sekiranya berlaku kerosakkan kenderaan tanpa jangka.
    13. Peserta perlu menepati masa,aturcara dan mengikuti laluan yang diberikan oleh pihak penyelaras.
    14. Ketua penyelaras perlu memastikan laluan konvoi,lokasi tempat berhenti,lokasi tempat mengisi minyak sepanjang laluan konvoi,jarak perjalanan,tempoh masa serta agenda lengkap sebelum memulakan konvoi.
    15. Penyelidikan,kajian laluan,suasana jalaraya,keadaan lalulintas perlu diteliti oleh Ketua Penyelaras selewat-lewatnya sebulan sebelum memulakan sebarang konvoi.
    16. Ketua penyelaras perlu menghantar permohonan Permit Perarakan selewat-lewatnya sebulan sebelum bermulanya konvoi kepada Ketua-Ketua Polis Daerah yang terlibat bagi makluman dan satu salinan kepada Ketua Polis Negeri yang terb a b i t.
    17. Bendera,risalah,pelekat mahupun kain rentang yang berbau politik,penghinaan sesuatu kaum mahupun ugama adalah dilarang dibawa semasa berkonvoi.
    18. Pihak penyelaras tidak akan bertanggungjawab terhadap semua bentuk saman atau penalti yang dikenakan oleh pihak berkuasa sekiranya peserta melanggar peraturan jalanraya yang telah ditetapkan.
    19. Berlumba secara haram,memotong tanpa sebarang tujuan dan memandu dalam keadaan merbahaya semasa berkonvoi adalah dilarang sama sekali.
    20. Ketua penyelaras adalah bertanggungjawab terhadap semua perkara berkaitan keselamatan,disiplin serta tingkahlaku peserta sepanjang berkonvoi.
    21. Peserta perlu menandatangani borang akujanji didalam penyertaan konvoi bagi mengelakkan sebarang tuntutan mahkamah kepada pihak penyelaras sekiranya berlaku sebarang kemalangan mahupun kematian.
    22. Keselamatan adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh Ketua Penyelaras konvoi.
    23. Ketua Penyelaras berhak membatalkan penyertaan peserta yang gagal mematuhi peraturan yang sedia ada mahupun setelah diberitahu.

    Sekian..


    Last edited by pcq5913 on Mon Apr 05, 2010 12:37 pm; edited 1 time in total (Reason for editing : tulisan kecik sangat, kesian kat orang nak baca)

    pcq5913

    Re: PERMOHONAN PERMIT PERARAKAN(ESCORT/PENGIRING) dari PDRM

    Post by pcq5913 on Wed Mar 31, 2010 5:20 pm

    [size=18]PERATURAN DAN ETIKA BERKONVOI

    Konvoi bermotorsikal di bahagikan kepada empat bahagian:
    * motorsikal Lead
    * Marshall
    * Sweeper
    * motorsikal Peserta

    LEAD
    1. Lead harus lah menentukan had kelajuan sesebuah konvoi, dan harus sentiasa beringat tentang jarak dan bahawa ada kenderaan jauh di bahagian belakang sesebuah konvoi.
    2. Kerap memerhati melalui cermin sisi memastikan bahawa semasa konvoi motorsikal tidak jarak terlalu jauh.
    3. Jika menempuh terlalu banyak lampu isyarat, Ia patut berhenti di sesuatu tempat yang selamat dan tidak menggangu lalu lintas sementara menunggu untuk mengumpulkan konvoi semula.
    4. Sentiasa memberikan isyarat jika menukar arah.
    5. Memberitahu konvoi di mana akan berlepas dan berhenti atau konvoi disediakan dengan peta.

    Sweeper
    1. Sentiasa berhubung pandang dengan Lead (Jika Perlu).
    2. [size=18]Jika Lead memberikan isyarat memotong kepada kenderaan lain. Biarkan kenderaan yg tidak dalam konvoi unutk memotong dalam keadaan selamat di samping tidak menganggu konvoi.

    3. Hubungi Lead jika kenderaan di belakang ingin bergerak laju dalam sesuatu keadaan kecemasan.

    Marshall
    1. Berada di tengah2 semasa konvoi.
    2. Akan keluar dari konvoi (atau boleh berada di mana2 untuk memastikan konvoi dalam satu kumpulan.
    3. Membantu konvoi berjalan lancar di suatu persimpangan.
    4. Memastikan konvoi tersusun.

    motorsikal Peserta
    1. Tidak di benarkan memotong kecuali jika ada kecemasan.
    2. Memerhatikan lead jika ingin memotong (gunakan isyarat)
    3. menjarakkan antara kenderaan di depan dalam keadaan selamat dan selesa
    4. Tidak membiarkan motorsikal di hadapan terkeluar dari susunan.
    5. Flash kan lampu jika ada kecemasan.






    1) Perkara Am
    Sebelum berkonvoi Buat pemeriksaan ke atas motorsikal anda spt memasti kan semua minyak cukup , tekanan tayar rantai dan lain2 dalam keadaan baik. Datang ke tempat permulaan konvoi dan sentiasa dengar penerangan yang diberikan tentang perjalanan dan destinasi konvoi tersebut. Sentiasa bersedia untuk berlepas dengan minyak yang cukup di dalam tangki motorsikal anda. Jika anda ingin mengubah haluan ke tempat lain atau ingin mengakhiri konvoi dapat lah sekiranya memberitahu Lead, Marshall atau petugas yang lain. Ini supaya tidak mengelirukan peserta yang lain yag mmungkin menyebabkan mereka akan mengikuti peserta yang tidak menyertai konvoi dalam sesuatu keadaan.

    2) Menyalakan lampu
    sentiasa nyalakan lampu motorsikal anda
    Ini akan memberitahu kepada pengguna yang lain apa yang terjadi. Peserta lain dapat mengenali anda dengan menyalakan lampu serta tahu bahawa anda dalam konvoi yang sama.Ini memudahkan Jika salah seorang peserta konvoi dalam kecemasan ( memberhentikan/memperlahankan motorsikal maka anda dapat melihat dan mengesahkan itu ada lah salah seorang peserta konvoi dengan menggunakan cermin sisi.

    3) Jangan mengekori di belakang motorsikal terlalu dekat

    Jangan mengikut motorsikal di hadapan terlalu dekat dan dengan kelajuan yang maksima. Ini amat lah merbahaya. Sentiasa pastikan anda di jarak yang selesa dan selamat.


    4) Membenarkan kenderaan Lain Mencelah
    Selalunya , Peserta di dalam konvoi tidak membenarkan kenderaan mencelah atau memasuki susunan konvoi. Walau bagaimana pun konvoi sebenarnya membenarkan kenderaan lain keluar masuk dari susunan konvoi. Kebiasaannya kenderaan bukan peserta suka mengugut , menakut nakutkan peserta di dalam konvoi atau inginkan keistimewaan mungkin kerana pandangan pemandu yang tidak jelas dan ingin kan jalan yang tiada gangguan. Peserta konvoi haruslah mempunyai sikap sabar dan timbang rasa untuk membiarkan mereka memotong, melepasi konvoi kita dalam sesuatu keadaan yang sukar. Seharusnya dengan begitu konvoi kita teratur dan tidak mendatang kan emosi sekaligus dapat mengelakkan kejadian yang tak diingini.

    5) Lead sentiasa bertanggungjawab memastikan kelajuan.
    Ia adalah amat sukar tetapi amat mudah untuk membiarkan peserta memecut kelajuan dengan sesuka hati. Ini kerana di dalam konvoi ada berbagai sikap penunggang dan juga kemampuan motorsikal peserta. Tidak di nafikan akan adanya yang berkata konvoi terlalu laju atau terlalu perlahan. Cuba pastikan motorsikal anda masih di dalam susunan konvoi tanpa mengganggu lalulintas yang lain. Ini dapat mengurangkan atau tidak ada potong memotong antara satu sama lain semasa berkonvoi. Ini adalah sikap peserta sendiri bertanggungjawab memastikan motorsikal di belakang , di sisi berada dalam susunan.Jika motorsikal di belakang perlahan. Pasti kan peserta tidak meninggalkan motorsikal terlalu jauh ( perlahan kan juga motorsikal anda). Maka konvoi tidak akan terputus. Jangan memecut laju dan meninggalkan
    Susunan konvoi untuk keselesaan memecut atau cuba mengikuti, mencabar kenderaan lain yang cuba mengganggu konvoi. Adalah lebih baik membiarkan kenderaan itu berlalu dan anda kembali kepada susunan konvoi.

    6) Berlaku Kecemasan atau Masalah.
    Jika ada berlaku masalah atau kecemasan, tiada sesiapa peserta konvoi berhenti melainkan motorsikal SWEEPER sahaja. Sweeper akan memastikan keadaan terkawal dan konvoi haruslah meneruskan perjalanan sehingga suatu tempat yang dibenarkan berhenti dan selamat. Ini kerana satu susunan konvoi jika berhenti juga untuk memberikan pertolongan ( atas sikap ingin menolong) mudah mengundang kemalangan terutama di jalan yang sibuk.

    7) Tenang
    Kadangkala tidak semua seperti yang dirancangkan akan sukses. Kebiasaannya peserta di dalam konvoi mengharapkan atau menjangkakan sesuatu yang baik dan menggembirakan untuk agenda2 yang dirancang apabila sampai ke destinasi. Adalah amat penting untuk peserta dalam keadaan sabar , tenang, selesa dan sedia menghadapi kemungkinan seperti perjalanan menjadi lambat kerana kesesakan lalulintas dan tergelincir dari jadual sebenar.

    Memotong
    Memotong adalah dibenarkan pada keadaan yang selamat dan tidak melanggar undang2 jalanraya. Jangan memotong pada garisan berkembar atau tidak pasti keadaan jalan dari arah bertentangan. Dalam sesuatu konvoi jika peserta atau kenderaan bukan peserta ingin memotong, biarkan ia memotong dan anda jangan terlalu rapat dengan motorsikal hadapan dan menyebabkan kenderaan yang memotong anda dalam keadaan yang bahaya.[/size][/size]


    Last edited by pcq5913 on Mon Apr 05, 2010 12:42 pm; edited 3 times in total (Reason for editing : saja bagi besaq tulisan ni.. senang orang nak baca)

    ariff-NINJA

    Re: PERMOHONAN PERMIT PERARAKAN(ESCORT/PENGIRING) dari PDRM

    Post by ariff-NINJA on Thu Apr 01, 2010 7:37 am

    maklumat anda sangat berguna... TERIMA KASIH dan SYABAS.... cheers cheers cheers

    carlnain

    Re: PERMOHONAN PERMIT PERARAKAN(ESCORT/PENGIRING) dari PDRM

    Post by carlnain on Sat Apr 03, 2010 3:23 am

    MOD or ADMIN tlg sticky trit ni ........


    _________________
    Shocked Twisted Evil UnLeAsH ThE MoNstEr EnErGY Twisted Evil Shocked


    Mai buat duit....click n register beb pree je...http://www.catcheye.com.my/?r=92194 carl9-0173380851/0178484768

    kurt2812

    Re: PERMOHONAN PERMIT PERARAKAN(ESCORT/PENGIRING) dari PDRM

    Post by kurt2812 on Sat Apr 03, 2010 7:33 pm

    jenuh nak hafal.papepun thanks bro..

    carlnain

    Re: PERMOHONAN PERMIT PERARAKAN(ESCORT/PENGIRING) dari PDRM

    Post by carlnain on Sat May 15, 2010 11:44 am

    carlnain wrote:MOD or ADMIN tlg sticky trit ni ........
    Admin sticky please tuk kaki2 konboi ................HROSH


    _________________
    Shocked Twisted Evil UnLeAsH ThE MoNstEr EnErGY Twisted Evil Shocked


    Mai buat duit....click n register beb pree je...http://www.catcheye.com.my/?r=92194 carl9-0173380851/0178484768

    atan

    Re: PERMOHONAN PERMIT PERARAKAN(ESCORT/PENGIRING) dari PDRM

    Post by atan on Thu May 27, 2010 10:39 am

    Bro, benda ni dah jadi lumrah. Konvoi motosikal kena komplen. pasaipa kebanyakan pengguna kereta tak mahu tolerate dgn bikers. Tapi ada juga bikers yang melampau menyebabkan pengguna jalanraya yg lain sakit hati. Sebab tu, setiap kali kelab mengadakan konvoi RASMI,

    1. KELAB MEMOHON PERMIT PERJALANAN DRPD PIHAK BERKUASA
    Ini untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa tentang konvoi kerana pastinya akan berlaku sedikit kesesakan trafik akibat pergerakan konvoi. TETAPI, kelulusan permit ni tak bermakna kita boleh buat sesuka hati. Dengan adanya permit/pemberitahuan aktiviti konvoi, setidak-tidaknya pihak berkuasa sudah bersedia sekiranya terdapat aduan drpd pengguna jalanraya yg lain.

    Antara yang tertera dalam permit -
    A. Pastikan konvoi tidak menghalang lalulintas & kenderaan lain.
    B. Sediakan marshall sendiri
    C. Maklumkan konsessi lebuhraya. Walaubagaimanapun pihak konsesi tidak menyokong sebarang aktiviti konvoi.
    D. Tidak digalakkan bergerak pada waktu malam.

    TENTANG PENGGUNAAN LORONG KANAN
    Konvoi kita akan bergerak dlm kelajuan 100-130km/jam.
    Biasanya konvoi meliputi lebih daripada 10 motosikal.
    Konvoi akan menggunakan laluan kanan bagi memastikan kelancaran.
    Kalau konvoi ikut lane kiri, bayangkan bila tetiba kita terpaksa mengekori kenderaan dipandu perlahan. Pastinya pemandu kenderaan tersebut akan panik bila tengok ramai bikers di belakang. Dia Nak amik lane kanan, kereta semua laju-laju belaka.
    Nak ke lane kiri, tu emergency lane.
    Sudahnya bikers terpaksa memotong & cuba pikiaq mcm mana berteraburnya konvoi bila kita memotong. Bukan semua peserta berani nak overtake. Bila ini berlaku, akan mendatangkan bahaya kepada semua.
    Nanti ada bikers yg overtake tanpa pandang cermin sisi. Kalau waktu overtake tu ada kereta sedang laju kat lane kanan??? Apa akan jadik.
    Ada plak bikers yg teragak-agak nak potong. Bikers yg kat belakang plak dah tak sabar trus potong Q. Ni pun boleh mendatangkan bahaya.

    Disebabkan bebenda mcm ni, kita perlu ada MARSHALL.
    MARSHALL konvoi pulak BUKANnya POLIS TRAFIK.
    BUKAN kerja halau/halang kenderaan lain.
    Tugas MARSHALL - mengawal pergerakan konvoi. Pastikan konvoi teratur & tidak terdapat banyak ruang.
    Kalau ada Polis Trafik, beliau lah yg akan membuka laluan kepada konvoi. Marshall hanya membantu di belakang.
    Kalau kat simpang pulak, Polis trafik yang akan menutup simpang. Kemudian Marshall datang gantikan tempat.

    BILA Konvoi TANPA POLIS TRAFIKk
    Pergerakan konvoi mestilah berhati-hati
    MARSHALL di hadapan tiada HAK untuk mengarahkan kenderaan lain dari lane kanan beralih ke lane kiri.
    Tetapi bagi memastikan kelancaran konvoi,
    MARSHALL perlu memberitahu kenderaan di hadapan agar pandu perlahan & memberi laluan kepada konvoi ( TETAPI DENGAN CARA YG SOPAN).
    Sbg contoh : Kita ada 2 org Marshall utk clearance.
    Marshall 1 Bunyikan HON 1 atau 2 kali. Kemudian beri signal untuk memotong ke kanan walaupun sudah berada di lane kanan. Ini adalah isyarat bahawa Marshall akan overtake. Bila dah bersaing dengan kenderaan tersebut, tunjukkan isyarat tangan supaya kenderaan tu bergerak ke kiri. Jika perlu, beri isyarat agar pemandu tersebut melihat ke belakang.Kemudian tunjukkan isyarat terimakasih. Marshall 1 tidak perlu bermati-matian menyuruh kenderaan ke tepi kerana Marshall 1 hanya bertindak sebagai pemberitahu 'adanya konvoi di belakang'.

    Marshall 2 juga perlu lakukan yg sama.
    Tetapi Marshall 1 & 2 perlu kekalkan kelajuan kerana perubahan mendadak kelajuan akan menyebabkan ada peserta yg akan membrek. Ini akan membahayaka konvoi.
    Dengan tindakan Marshall 1 & 2 tadi, secara automatik kenderaan di hadapan tadi akan memberi laluan.

    Marshall yg lain pastikan konvoi kekalkan jarak & beri isyarat terima kasih kepada semua kenderaan yg memberi laluan.

    Bunyian Hon yang melampau atau pun siren akan membuat pengguna lain sakit hati koz kita bukannya POLIS. Lagipun bunyik hon banyak kali agak kurang sopan. Mcm lah depa tu tak dengar.

    pcq5913

    Re: PERMOHONAN PERMIT PERARAKAN(ESCORT/PENGIRING) dari PDRM

    Post by pcq5913 on Thu May 27, 2010 10:51 am

    Jadi kesimpulannya, tiada masalah bila konvoi berada di lane kanan. Cuma yg penting adalah sikap bikers & juga pengguna kenderaan yg lain. Bila kita kekalkan sopan santun & budi bahasa di atas jalanraya, pengguna lain pun akan berbesar hati untuk memberi laluan. Atau paling tidak pun, kemarahan mereka akan terubat dgn isyarat terima kasih kita. Jika ada pemandu lain yang agak kurang sopan dgn konvoi, kita balaslah dengan senyuman & tanda terima kasih. Kalau dia masih ada hati, insya-allah sekejap aje kemarahan tu.

      Current date/time is Wed Sep 03, 2014 7:40 am