Kawasaki Kips Owners

FORUM FOR ALL GENERATION OF KAWASAKI KIPS


    Pindaan Akta JPJ: Kompaun RM1,000 (bukan lagi RM300)

    Share

    Guest
    Guest

    Pindaan Akta JPJ: Kompaun RM1,000 (bukan lagi RM300)

    Post by Guest on Wed Apr 21, 2010 5:01 pm

    Pindaan Akta JPJ: Kompaun RM1,000 Jika Lakukan Kesalahan Jalan Raya

    KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Kadar kompaun maksimum yang boleh dikenakan bagi mana-mana kesalahan jalan raya akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,000 apabila pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 dikuatkuasakan kelak.

    Peruntukan itu adalah antara 51 Fasal pindaan yang terkandung di dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Rahim Bakri di Dewan Rakyat, hari Isnin.

    Antara pindaan lain yang dicadangkan termasuklah menaikkan umur kelayakan bagi memohon lesen memandu motosikal daripada 16 tahun kepada 17 tahun. Penalti bagi kesalahan melanggar umur kelayakan itu juga dinaikkan daripada tidak melebihi RM2,000 kepada tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000.

    Selain itu, pindaan akta itu juga bertujuan memasukkan seksyen baru 13A yang memperuntukan mana-mana orang yang didapati bersalah membuat, mengeluar, mengedar, menjual atau memasang plat nombor pendaftaran palsu boleh didenda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih RM50,000 atau dipenjarakan tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

    Pindaan Akta JPJ itu turut menaikkan penalti bagi kesalahan tidak memperagakan plat nombor pendaftaran mengikut syarat yang ditetapkan daripada RM200 sebelum ini kepada tidak melebihi RM3,000.

    Pindaan itu turut mencadangkan supaya mana-mana orang yang didapati bersalah kerana menyebabkan bahaya, halangan atau menimbulkan kesusahan yang tidak patut kepada pengguna lain jalan dikenakan penalti tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM5,000 atau dipenjara tidak kurang daripada satu tahun atau kedua-duanya sekali.

    Selain itu, pindaan akta itu memasukkan subseksyen 117 (11) baru untuk menjadikan imej kesalahan lalu lintas yang dirakamkan melalui kamera boleh diterima sebagai keterangan, dan boleh menjadi bukti prima facie di dalam mana-mana prosiding mahkamah.

    Turut dimasukkan adalah seksyen baru 27A mengenai pangkalan data pemandu bertujuan memudahkan sebarang maklumat termasuk notis mahkamah, penggantungan, pembatalan atau kehilangan kelayakan mana-mana orang untuk memegang atau mendapatkan lesen memandu dimasukkan ke dalam pangkalan data berkenaan.

    Mana-mana orang yang lesen memandunya telah digantung, dibatal atau dihilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak boleh semasa tempoh digantung, dibatal atau kehilangan kelayakan itu memandu mana-mana kenderaan di jalan raya.

    Mana-mana orang yang melanggar peraturan itu boleh didenda tidak kurang daripada RM3,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun.

    -- BERNAMA

    zalie78

    Re: Pindaan Akta JPJ: Kompaun RM1,000 (bukan lagi RM300)

    Post by zalie78 on Wed Apr 21, 2010 5:37 pm

    jahanam punya jpj diorang ingat kita ni banyak duit ker?kesalahan no plate dari rm200 boleh jadi rm 3000 kepala hotak dia...memang aku x puas hati tul lah....kali ni aku akan undi pembangkang...mod sori aku emo lak bila baca statement sinclair tu...
    sinclair jgn mare k

    Guest
    Guest

    Re: Pindaan Akta JPJ: Kompaun RM1,000 (bukan lagi RM300)

    Post by Guest on Wed Apr 21, 2010 5:42 pm

    jgn risau.. aku tak amik ati, cuma tak puas hati ngan kerajaan nyeksa warganegara. Duit menteri makin bertambah2, sampai duit rakyat diorg nak monopoli semua.

    suhaimisobrie

    Re: Pindaan Akta JPJ: Kompaun RM1,000 (bukan lagi RM300)

    Post by suhaimisobrie on Wed Apr 21, 2010 5:49 pm

    maknanya jangan buat salah di jalanraya....tapi apa2 pun dendanya jangan melampau-lampau....tambah kalo saman ekor (speed trap) pernah aku kena kawasan hadlaju 60km/h dlm saman tulis aku bawak 72km/h...idok ker ralat rasanya?????

    Guest
    Guest

    Re: Pindaan Akta JPJ: Kompaun RM1,000 (bukan lagi RM300)

    Post by Guest on Wed Apr 21, 2010 6:05 pm

    suhaimisobrie wrote:maknanya jangan buat salah di jalanraya....tapi apa2 pun dendanya jangan melampau-lampau....tambah kalo saman ekor (speed trap) pernah aku kena kawasan hadlaju 60km/h dlm saman tulis aku bawak 72km/h...idok ker ralat rasanya?????

    polis + jpj cari duit banyak2 lebih, Very Happy nak wat camne kan?
    cam situasi aku, aku duduk KL, tp leh kene saman kat melaka, padahal aku jejak melaka ngan moto pun tak penah.

    krijauan

    Re: Pindaan Akta JPJ: Kompaun RM1,000 (bukan lagi RM300)

    Post by krijauan on Wed Apr 21, 2010 7:30 pm

    dengan wujud nya akta ni maka akan memperbanyakkan lagi kes rasuah..

    apa la jpj ni..

    Amir

    Re: Pindaan Akta JPJ: Kompaun RM1,000 (bukan lagi RM300)

    Post by Amir on Thu Apr 22, 2010 1:03 am

    stuju ngn krijauan

    carlnain

    Re: Pindaan Akta JPJ: Kompaun RM1,000 (bukan lagi RM300)

    Post by carlnain on Thu Apr 22, 2010 2:16 am

    Bagi akula , kalo x salah apa nak takut dgn undang2.....
    org yg buat salah je sibuk2 nak kasi rasuah n sebingainya...
    yg terima rasuah lagila bingai + mengong...
    Anyway aku setuju kalo kompaun yg d cadangkan ni sesuatu yg melampau......


    _________________
    Shocked Twisted Evil UnLeAsH ThE MoNstEr EnErGY Twisted Evil Shocked


    Mai buat duit....click n register beb pree je...http://www.catcheye.com.my/?r=92194 carl9-0173380851/0178484768

    Guest
    Guest

    Re: Pindaan Akta JPJ: Kompaun RM1,000 (bukan lagi RM300)

    Post by Guest on Thu Apr 22, 2010 2:22 am

    carlnain wrote:Bagi akula , kalo x salah apa nak takut dgn undang2.....
    org yg buat salah je sibuk2 nak kasi rasuah n sebingainya...
    yg terima rasuah lagila bingai + mengong...
    Anyway aku setuju kalo kompaun yg d cadangkan ni sesuatu yg melampau......

    kalo salah, mmg la kene saman, rm300 pun da consider mampu la lg.. tp kalau masuk ribu2... giler la... moto rege rm5000, saman pun same rege beli moto? hahahaha.

    adzhar

    Re: Pindaan Akta JPJ: Kompaun RM1,000 (bukan lagi RM300)

    Post by adzhar on Thu Apr 22, 2010 9:07 am

    Aku pon setuju !!!! memang giler betul ! tak ada topik lain ke nak dbincangkan dparlimen ! selain cari duit mudah oleh kerajaan!
    Aku cadangkan kalau JPJ NAK hapuskan kesalahan jalan raya ...! jangan pakai kenderaan beroda...naik kereta api dan basikal baru selamat
    Amacam !!!!!he..he..he...! mesti ada yg tak setuju ! kecuali kips sahaja on the road !!! wakakaka..... .

    suhaimisobrie

    Re: Pindaan Akta JPJ: Kompaun RM1,000 (bukan lagi RM300)

    Post by suhaimisobrie on Thu Apr 22, 2010 1:37 pm

    SYUKURLAH semalam diumumkan 3 undang2 baru ditarik semula kerana tidak mesra rakyat..antaranya sama RM1,000 XJADI...mmg xmesra rakyat punnn...takut nnt time election kalah pulak.....

    anakjin

    Re: Pindaan Akta JPJ: Kompaun RM1,000 (bukan lagi RM300)

    Post by anakjin on Thu Apr 22, 2010 2:30 pm

    betul3.... mmg x mesra rakyat..

    MBN 2254

    Re: Pindaan Akta JPJ: Kompaun RM1,000 (bukan lagi RM300)

    Post by MBN 2254 on Thu Apr 22, 2010 4:42 pm

    "Rakyat Di Dahulukan, Kippers Di Utamakan"

    zalie78

    Re: Pindaan Akta JPJ: Kompaun RM1,000 (bukan lagi RM300)

    Post by zalie78 on Thu Apr 22, 2010 5:24 pm

    MBN 2254 wrote:"Rakyat Di Dahulukan, Kippers Di Utamakan"
    yang tu aku sokong..kippers di utamakan..hahaha

    deen325

    Re: Pindaan Akta JPJ: Kompaun RM1,000 (bukan lagi RM300)

    Post by deen325 on Fri Apr 23, 2010 5:55 pm

    Salam..
    bila agak2 nyer ia nak dikuatkuasakannya..??

    anak saya yg nak capai 16 tahun lagi 2-3 bln ni baru duk kecek2 ngan abah dia nak amik lesen..
    tup2 keluar berita mcm ni lak..
    hehehe

    deen325

    Re: Pindaan Akta JPJ: Kompaun RM1,000 (bukan lagi RM300)

    Post by deen325 on Sat Apr 24, 2010 1:58 pm

    Salam..
    tul tu... sini kita ceta pasal kips...
    hahaha

    politik2 kita.. put on side...
    hehehe

    klip^ketas

    Re: Pindaan Akta JPJ: Kompaun RM1,000 (bukan lagi RM300)

    Post by klip^ketas on Sat Apr 24, 2010 2:14 pm

    pesanan penaja...

    Tunggang dengan cermat....Ingatlah KOMPAUN yg semakin MAHAL

    carlnain

    Re: Pindaan Akta JPJ: Kompaun RM1,000 (bukan lagi RM300)

    Post by carlnain on Sat Apr 24, 2010 8:37 pm

    deen325 wrote:Salam..
    tul tu... sini kita ceta pasal kips...
    hahaha

    politik2 kita.. put on side...
    hehehe

    Aku setuju beb , bab apa pon dlm porem ni.
    kalo leh x yahla libatkan politik x kirala ko pembangkang or kerajaan.
    sume org ada pendapat memasing , once ko dah membakar pasti ada yg
    nak tambah lagi minyak tu.

    mcm yg aku ckp sebelum ni ,
    kalo undang2 baru ni d guna pakai memang melampau tapi aku setuju kalo
    ada tindakan undang2 yg d ambil kepada pesalah jalanraya.

    alhamdulillah undang2 ni x d gunapakai sebab x mesra rakyat.. cheers cheers cheers

    P/S : no plate aku sendirik pon ada kalo JPJ tgk mesti dia senyum sinis je
    nak menulis saman....hahaha tapi sendirik mau hingatla kalo kena bayor la wakakakaka


    _________________
    Shocked Twisted Evil UnLeAsH ThE MoNstEr EnErGY Twisted Evil Shocked


    Mai buat duit....click n register beb pree je...http://www.catcheye.com.my/?r=92194 carl9-0173380851/0178484768

    rayslasher

    Re: Pindaan Akta JPJ: Kompaun RM1,000 (bukan lagi RM300)

    Post by rayslasher on Mon Aug 23, 2010 12:30 pm

    mari kita pakat baca yasin ramai ramai minta dijauhkan dari bala jpj

    ranjau_berduri

    Re: Pindaan Akta JPJ: Kompaun RM1,000 (bukan lagi RM300)

    Post by ranjau_berduri on Mon Aug 23, 2010 1:03 pm

    kurt2812 wrote:jpj ni aku rasa ka.slagi diorg bleh wt duit dgn rakyat..slagi tu diorg paw abis2 pnyer..bab2 duit,mmg jpj champion..bab2 nak buat duit,nak perah hasil duit rakyat..tp klo pasal relevan atau x sesuatu perundangan atau akta tu..diorg x pkir!!
    cuba pikir, kalo xwat salah, xkena saman.... ape nak kisah...

    Sponsored content

    Re: Pindaan Akta JPJ: Kompaun RM1,000 (bukan lagi RM300)

    Post by Sponsored content Today at 5:51 am


      Current date/time is Wed Dec 07, 2016 5:51 am